Kau Untukku

by - 3:32 PM

Novel ni aku baru je baca 3 hari lepas, cerita dia ok la tapi cepat sangat si maira tu jatuh cinta dengan fuad patut jual la mahal skit. Dan yang paling aku tak boleh terima dia syok kat lelaki tu masa dia tengah bertunang dan nak kahwin. Mana boleh itu macam. Patutnya dia suka la kat fuad tu lepas tunang dia mati ke. Tak pun rase debar-debar tu pas tunang dia da takde ini masa tunang dia ada boleh pula dia ada feeling dengan lelaki lain. Curang namanya itu. Kalau si fuad tu syok kat dia tu biarlah sebab dia memang girlfriend pun takde. 

Patutnya cerita dia kena macam ni la maira akan berkahwin dengan jeffri tak lama lagi tapi jeffri terlibat dengan kemalangan jalan raya. Si fuad kesian so dia nak jangan ada pembaziran dia terus jadi pengganti jeffri. Pengantin yang patutnya jeffri jadi fuad. Maka masa itulah maira belajar mencintai fuad walaupun dalam hati masih ada jeffri. Fuad bersaba dan setiap hari dia mengekalkan hubungan majikan dan setiausaha secara profesional. Masa itu maira masih jadi secretary en azhar dan fuad sangat jeles dengan maira kerja dengan encik azhar dan minta maira tukar jadi secretary dia tapi maira taknak sebab nanti apa kata orang pejabat nak berkepit dengan suami je pulak. Jadi fuad suruh maira berhenti kerja dan duduk kat rumah je.

Mula-mula maira marah tapi lama-lama dia rasa lebih baik dia buat bisnes dari rumah. Hahaha da mengarut la plak cite macam ni.

You May Also Like

0 comments