Secret Garden Episod 1

by - 10:34 PM

Pada episod ini Kim Joo Won berjumpa Kim Woo Young @ Oska sepupu dia yang paling dibenci tapi disayangi pada masa yang sama sedang bercium dengan kekasih hatinya (Chae Rin) yang entah ke berapa. Pada masa tu Joo Won dalam perjalanan ke perjumpaan dengan calon isteri yang bernama Yoon Seul. Pada pertama kali berjumpa Joo Won memberikan Yoon Seul kritikan yang sangat hebat mengatakan dari cara dia berjalan, bau minyak wangi dan cara bercakap perempuan itu dia da tau perempuan tu jenis apa.

Lepas tu di situasi lain pula Yoon Seul ke sebuah cafe khas untuk VVVIP di pusat membeli belah yang dipercayai kepunyaan Joo Won untuk minum2 dengan member baik dia dan di situ dia telah berjumpa dengan Gil Ra Im. Gil Ra Im dapat masuk ke kelab khas untuk VVVIP itu sebab best fren dia Ah Young kerja sebagai kat situ. Dan mereka bergaduh sebab Yoon Seul bengang kenapa orang macam Gil Ra Im yang disangka tak mempunyai kelayakan masuk ke kelab khas VVVIP tu berjaya minum2 kat situ. Sebab orang yang mempunyai pendapatan 100 milion won setahun je layak minum kat situ. Jadi Yoon seul panggil Ah Young dan ugut untuk pecat dia dan rampas name tag Ah Young sebab benarkan Gil Ra Im masuk. Kononnya Ah Young tidak memeriksa siapa yang masuk ke kelab tersebut. 

Lepas tu lepas gaduh2 tu Gil Ra Im konon nak jumpa la dengan Yoon Seul untuk minta maaf sekali masa tu beg tangan best fren Yoon Seul kena ragut pastu Gil Ra Im pun dengan pantasnya mengejar peragut tu tapi bila dia da tangkap peragut tu Yoon Seul buat macam Gil Ra Im ni bersubahat dengan peragut dan suruh member dia check kalo ada apa-apa yang hilang. Lepas tu Gil Ra Im cakaplah sebab dia da selamatkan beg mmber dia tu so lets pretend nothing happend in the lobby and give bag the name tag. Pastu Yoon seul cakap dia da buang name tag tu pastu Gil Ra Im heret Yoon seul ke tong sampah untuk suruh dia cari. Yoon seul ingat Gil Ra Im cuma gertak je tapi bile Gil Ra Im start macam nak pukul Yoon seul masa tu la dia pulangkan name tag tu.

Pastu kat tempat lain situasi menunjukkan Gil Ra im tengah terjun bangunan wat aksi2 ala lara croft tu rupanya Gil Ra im pelakon stunt gantian untuk Chae Rin. Pastu lepas penggambaran tu Director dia nama Lim kalo x silap la selitkan tiket Oska kat dalam loker Gil Ra Im sebab Gil Ra Im ni peminat gile dengan oska. Pastu dorang ngok konsert oska sama2. Director ni macam ada crush dengan Gil Ra Im tapi x berani nak cakap dia berani ngok jela dari jauh.

Pastu dalam episod ni juga diperkenalkan pakcik Joo Won yang aim tempat Joo Won sebagai President name dia Manager Park. Dia merupakan adik kepada isteri atuk dia so dia target dia akan dapat jadi President sebab dia lagi tua tapi rupanya Joo won yang dapat so dia benci gile kat Joo won. Ayat yang paling Joo Won suke guna kat dia 'Are you sure?' 'Is this the best you can do?' So Manager Park ni berusaha mencari apa kelemahan Joo Won tu.

Dalam episode ni juga Joo Won bertemu dengan Gil Ra Im secara tak sengaja sebab Joo Won kononnya nak culik Chae Rin sebab Chae Rin ugut sepupu dia Oska tentang gambar2 dorang sebab Oska artis popular dan dia tak mengaku pun dia date dengan Chae Rin ni. Tapi sebab mase penggambaran tu berlangsung Chae Rin dan Gil Ra Im pakai baju same jadi orang tersalah tunjuk Gil Ra Im instead of Chae Rin yang sebena. Yang sengalnya Joo won main bawa je dia tanpa tanya betul ke dia Chae rin pastu yang Gil ra Im bile dengar oska nak jumpa dia so dia pun ikut jela tanpa banyak tanya. 

so lepas joo won sedar yang dia da salah amik orang dia pun anta la Gil Ra Im balik pastu on the way dia nak balik dia ngok Gil Ra Im tengah wat penggambaran dan dia terpesona dengan aksi Gil Ra im dan masa tu rasanya dia start tertanya2 siapa Gil ra im. Masa ni la Joo won actually jatuh cinta dengan Gil Ra Im tapi dia tak sedar lagi.

Lepas tu dia jumpa balik dengan Gil Ra Im pastu dia ngok Gil Ra Im cedera sebenarnya tapi dia menahan sakit so Joo Won bawa dia pi hospital. Joo won ni tak pernah buat baik dengan orang lain sebab dia kaya jadi dia hanya pentingkan diri sendiri tapi tak tau kenapa dengan Gil Ra Im ni dia jadi baik plak siap anta pi ospital sbb ni pertama kali dia wat macam tu kat orang lain. Yang klaka dia ble angkat Gil Ra Im masuk dalam wad kecemasan. 

Pastu kat wad kecemasan tu gak dia jumpa psikatri dia, psikatri dia kata ingat aku ni apa doktor semua benda ke aku ni dokto psikiatri je, dia pn pelik joo won baik dengan pompuan ni sebab dia tau perangai joo won yang cerewet gile bile bab perempuan.

Lepas tu director dia bawa kereta laju gile bile dapat tau Gil Ra im masuk hospital cedera pastu jumpa dengan Joo won kat ospital. Pastu Gil Ra Im sedar mase dia nak bangun berdiri dia hampir jatuh pastu Joo Won dengan Director Lim berebut nak sambut dia. tapi last2 director tu yang dapat.

Pastu Gil Ra im dibenarkan keluar ospital, joo won tunggu je kat tepi jalan ngok Gil ra im balik dengan apa, director tu nak anta gil ra im balik tapi dia kata nak balik naik teksi rupanya dia jalan kaki nak balik mase tu la joo won tahan dia kata kenapa tak balik dengan director tu, pastu gil ra im kata yang kau sibuk2 apsal, pastu jumpa oska plak kat situ, pastu tamat. 

Sambung episod 2.

You May Also Like

0 comments