Dream High Episod 2

Episod kali adalah sambungan kepada episod yang lepas yang mana Hye Mi telah melutut kepada Presiden Jung dan merayu supaya menyelamatkannya namun kemudian dia menyedari yang dia telah melakukan perkara yang bodoh kemudian dia bangun dan mengatakan 'Aku bukan nak merayu kepada kau dengan melutut begini tapi aku nak.. Aku nak tengok lubang hidung kau!!' Ia telah menyebabkan keseluruhan peserta di situ ketawa terbahak-bahak termasuklah Presiden Jung dan juri-juri yang lain. (Hye Mi ni memang taknak tunduk kepada sesiapa pun).

Kemudian Hye Mi pusing untuk keluar dan Baek Hee mengatakan yang pilihan Presiden Jung adalah benar. Baek Hee yang berada di situ terus jatuh macam nak terpengsan dan disambut oleh juri-juri di situ dan minta dia bertenang. Kemudian selepas dia berasa tenang, dia bertanya kepada Presiden Jung benarkah dia dia dipilih kerana mempunyai bakat? kerana seumur hidupnya dia sentiasa disisihkan termasuk oleh ibunya sendiri. Kemudian Presiden Jung memanggilnya ke hadapan dan memberikan nya sebuah loket lambang 'K', beliau mengatakan loket tersebut merupakan loket ajaib yang boleh membawa tuah kepada si pemegangnya. 

Selepas itu uji bakat disambung dengan giliran kawan baik Jin Guk iaitu In Sung yang ketika itu berada di dalam bilik air kerana sakit perut, kemudian dia meminta In Sung melengah-lengah pertandingan tersebut dengan apa cara sekalipun. Maka Jin Guk dengan sengaja telah membuat kecoh di kawasan sekitar tempat uji bakat sehingga tanpa disedari telah termasuk di bilik para juri memberi penilaian. Kemudian Presiden Jung berkata kepadanya, dari kau membuat kecoh apa kata kau tunjukkan bakat kau dalam bidang tarian? Jin Guk yang bengang telah keluar dari tempat itu dan terserempak dengan In Sung yang baru keluar bilik air, dan dia bertanya 'nampaknya kau berjaya melengahkan masa untuk aku' kemudian Jin Guk terus berlalu pergi dan terserempak dengan Jason yang sedang berlatih menari di luar, pada masa itu Jason sedang menari lagu Neyo - One in A Million dan Jin Guk berasa terkesima seketika melihat tarian Jason. Dan apabila Jason menyedari dirinya diperhati dia terus berhenti menari dan masuk ke tempat uji bakat itu kembali.

Dan ketika Jin Guk berada di atas motosikalnya dan telah pun memakai topi keledarnya, Hye Mi datang kepadanya dan meminta dia membawanya dari sini (Hye Mi tak tau tu Jin Guk sebab Jin Guk pakai topi keledar) kemudian apabila Jin Guk membuka topi keledarnya, Hye Mi terus kata tak apalah. Kemudian Jin Guk pun berlalu pergi meninggalkan Hye Mi tetapi ketika dalam perjalanan nak keluar dia terserempak lintah darat yang mengejar Hye Mi dan berpatah balik dan mengambil Hye Mi di lorong, dia buat seolah-olah dia tak tau yang Hye Mi dikejar lintah darat. Kemudian Hye Mi menaiki motosikal tersebut dan tidak mahu memeluk Jin Guk dan Jin Guk mengatakan kalau dia jatuh bukan salah dia, kemudian Jin Guk memecut membawa Hye Mi pergi dari situ. 

Setelah mereka berlalu pergi, kemudian tiba pula giliran Kim Pil Suk lakonan IU, para juri disitu meminta dia menanggalkan kostum yang Pil Suk pakai kerana Pil Suk memakai kostum sushi ketika itu, kemudian Pil Suk kata tidak bolehkan dia menyanyi dengan memakai kostum itu, kemudian juri tu kata tak boleh, namun Presiden Jung menyampuk mengatakan apa kata kita dengar nyanyiannya dulu. Kemudian Pil Suk menyanyi dan telah memukau bukan sahaja Juri tetapi peserta-peserta yang berada di situ termasuklah Jason. Setelah dia selesai menyanyi juri meminta dia menanggalkan kostumnya dan setelah dia membukanya juri tersebut mengatakan 'tuhan memang tidak adil, kenapa mereka yang mempunyai rupa yang hodoh mempunyai suara yang sedap' dan kata-kata itu agak membuat Pil Suk kecewa sedikit. Namun setelah dia berada di luar kelas rupanya Pil Suk berjaya memasuki Kirin High dan telah mencium gambar Kim Hyun Joong (peminat dia rupanya) dan mengatakan 'Oppa, saya berjaya memasuki sekolah ini'. Kemudian Presiden Jung menyatakan suatu hari nanti Pil Suk akan menjadi sangat cantik dan sangat popular. 

Kemudian kembali kepada Jin Guk yang membawa Hye Mi pergi dia telah membawa Hye Mi ke suatu tempat dan Jin Guk meminta Hye Mi memulangkan topi keledarnya namun Hye Mi tak nak rupanya Hye Mi ketika itu sedang menangis sepuas-puasnya di sebalik topi keledar tersebut. Dan ketika Jin Guk cuba mengangkat topi keledar tersebut dia meletak balik setelah melihat keadaan Hye Mi dan membiarkannya. Selepas itu Jin Guk berlalu pergi dengan motosikalnya dan meninggalkan Hye Mi sendirian di situ.

Kemudian setelah sesi uji bakat tersebut selesai kita tau antara yang diterima masuk adalah rakan Jin Guk iaitu In Sung, Jason, Baek Hee dan Pil Suk. Namun dari senarai itu hanya ada 97 orang yang diterima masuk sedangkan mereka perlu mengambil 100 orang pelajar, kemudian Presiden Jung menyatakan masih ada 3 orang di fikirannya yang mana salah seorangnya telah lama dia perhatikan dan lagi dua orang telah muncul hari ini. Orang yang diperhatikan Presiden Jung adalah Song Sam Dong lakonan Kim Soo Hyun, yang duduk di pedalaman kampung dan pada ketika itu sedang menjahit baju dari karung guni. Kemudian Presiden Shi menyatakan tidak ada seorang guru pun yang akan mengambil mereka sebagai pelajar, kemudian Presiden Jung menyatakan dia mempunyai seorang guru yang difikirkannya sesuai kemudian muncul Kang Oh Hyuk. 

Kembali kepada Hye Mi dia telah menerima mesej dari adiknya Hye Sung yang menyatakan mereka telah dihalau keluar dari rumah. Dan Hye Mi pun bergegas balik dan kemudian dia meminta Hye Sung mengambil barang yang penting sahaja, kemudian Hye Sung cuba bertanya kepada Hye Mi bagaimana uji bakat tadi adakah dia diterima masuk dan macamana dengan Baek Hee, kemudian Hye Mi mengatakan dia takkan pergi ke sekolah sampah tu dan jangan sekali-kali Hye Sung menyebut nama Baek Hee. Sementara itu Baek Hee dirumahnya pula telah membuang semua gambar-gambar mereka bersama dan memotong rambutnya yang seakan-akan rambut Hye Mi dan mengatakan pada dirinya yang dia takkan hanya menjadi pengikut Hye Mi lagi. 

Kemudian Hye Mi dan Hye Sung pun berjalan tanpa arah dan Hye Sung bertanya kepada Hye Mi kenapa mereka tidak bermalam di rumah Kang Oh Hyuk sahaja dan Hye Mi kata tak mungkin dia akan tinggal bersama lelaki itu, kemudian Hye Mi mendapat idea dan pergi ke tempat Jin Guk dan rakan-rakannya melepak. Hye Mi menyatakan untuk sementara waktu mereka tidur disini dulu. 

Jin Guk yang telah sampai dirumahnya dan mengatakan kepada Hyungnya yang dia ke sekolah Kirin tadi dan Hyungnya mengatakan yang Jin Guk takkan dapat masuk ke sekolah tersebut sepertimana dia yang tak mungkin berjaya menjadi peguam. Kemudian Jin Guk membuat pertaruhan sekiranya Hyungnya berjaya dalam peperiksaan dia akan menari lagu Girls Generation dengan memakai miniskirt. Malangnya ketika berada di rumah tersebut disebabkan rumah yang ditumpangnya mempunyai masalah, Jin Guk terpaksa keluar merempat di jalanan kembali, kemudian Jin Guk ke bumbung rumah tersebut dan telah mengimbas kembali langkah yang Jason buat dan telah melakukannya di atas bumbung tersebut.

Kemudian Jin Guk pergi ke tempat dia dan kawannya melepak dan ketika itu dia mendapati Hye Mi sedang tidur di dalam kereta di situ dengan adiknya. Kemudian Jin Guk terimbas kembali saat pertemuan pertama dia dengan Hye Mi, masa itu mereka kecil lagi dan ketika itu mereka sedang berebut air yogurt, pada masa itu Jin Guk sedang menyembunyikan diri dari ibunya yang mahu menghantarnya ke rumah anak yatim dan ia telah menyebabkan Hye Mi menangis kesedihan. Kemudian Jin Guk memerhati cara Hye Mi tidur dan berfikir sendiri Hye Mi jenis orang yang macamana agaknya. 

Kemudian pada keesokan paginya ketika Jin Guk baru pulang dari membeli makanan untuk Hye Mi dan adiknya, lintah darat telah mengenalpasti motornya dan telah menjumpai tempat persembunyian Hye Mi. Kemudian bila Hye Mi keluar sahaja dari tempat tersebut dia telah ditangkap oleh lintah darat tersebut dan Jin Guk ternampak lalu cuba mengejarnya tapi tidak berjaya. Kemudian Hye Mi dibawa ke sebuah kelab malam dan dipakaikan baju yang berkilat-kilat seperti penyanyi kelab, kemudian lintah darat tersebut menyuruhnya menyanyi sebagai bayaran pinjaman yang dibuat bapanya. Malangnya lagu yang disuruh nyanyi itu adalah lagu yang sama dia disuruh nyanyi ketika ujibakat tadi dan ia telah membuat Hye Mi bengang gila lalu mencampak kasutnya kepada salah seorang orang suruhannya. Lalu Hye Mi pun melarikan diri berpusing-pusing disekitar tempat tersebut namun tidak berjaya.

Kemudian muncuk hero di pintu depan kelab tersebut dan rupa-rupanya Kang Oh Hyuk datang bersama adiknya, Mr Kang telah menunjukkan id nya bahawa dia adalah guru Kirin High dan datang ke sini untuk mengambil pelajarnya dan ia telah mengejutkan semua orang termasuk Hye Mi dan lintah darat tersebut. Kerana Hye Mi tahu dia gagal dalam uji bakat tersebut. 

Kemudian Mr Kang membawa kedua-duanya balik ke rumahnya dan dia telah dibelasah oleh kakaknya yang menyatakan dia tidak mampu menjaga dirinya sendiri pun bagaimana dia mahu menjaga orang lain pula, kemudian Mr Kang menyatakan yang dia telah dipecat dari kerja namun dia telah diberi peluang oleh Presiden Jung sekiranya dia berjaya membawa Hye Mi dan dua pelajar lagi ke sekolah tersebut, jawatannya mungkin dapat diselamatkan. Dan perkara tersebut telah didengari Hye Mi secara tidak sengaja dan Hye Mi telah pergi ke meja yang mempunyai list nama dua pelajar lagi, salah satunya Song Sam Dong dan seorang lagi Hyun Shi Hyuk (Jin Guk). 

Kembali kepada Jin Guk yang menyangkakan Hye Mi masih lagi berada di tempat lintah darat tersebut telah menyerbu kelab tersebut dan mencari Hye Mi namun dia telah terperangkap dan terserempak dengan ketua lintah darat tersebut dan kemudian ketua Ma tersebut mengatakan yang dia telah melepaskan Hye Mi dan Jin Guk tidak percaya. Maka ketua Ma telah menelefon Hye Mi dan menyuruh Hye Mi bercakap, dan Hye Mi menyatakan dia sudah berada di rumah Mr Kang dan jangan menganggunya lagi. Dan ini telah menyebabkan Ketua Ma membalas dendam kerana telah mempermainkannya dan kemudian dia telah membelasah Jin Guk.

Pada keesokannya di Kirin High, Miss Shi telah memperkenalkan dirinya sebagai guru kelas tersebut dan mengatakan mereka semua perlu bekerja keras dan sekiranya mereka gagal mereka akan dihantar ke kelas pemulihan di mana orang-orang yang tidak berbakat di hantar dan kemudian mereka akan mati dengan sendirinya di sana. Kemudian Jason tiba lewat, dan dia dianggap sebagai bintang di kelas tersebut kerana bakatnya maka Mis Shi melepaskannya.

Sementara itu Presiden Shi masih lagi ragu-ragu kenapa Presiden Jung memilih tiga pelajar tersebut. Presiden Jung kemudian tersenyum dan menyatakan dia juga telah memilih guru yang bakal mengantikan guru yang cuti bersalin. Bakal guru tersebut dilakonkan oleh Park Yin Young yang memegang watak sebagai Mr. Yang Jin Man. Pada ketika itu Yang Jin Man sedang dalam proses menjual pianonya kerana memerlukan duit segera untuk membeli cincin untuk teman wanitanya tetapi akhirnya menarik balik niatnya untuk menjual piano kesayangannya.

Kembali kepada Hye Mi dia telah bertanya kepada Mr Kang benarkah sekiranya dia tidak berjaya mencari ketiga-tiga pelajar dia akan dipecat, kemudian Hye Mi menawarkan diri untuk mencari Sam Dong manakala Mr Kang mencari Shi Hyuk. Kemudian Hye Mi pergi ke kawasan yang agak pedalaman di mana dia telah menjumpai Sam Dong dengan mudah kerana terdapat sepanduk menulis nama Sam Dong. Kemudian Hye Mi telah pergi ke suatu dewan dimana dipercayai Sam Dong berada di situ dan tanpa disengaja Hye Mi telah terlanggar seseorang dan orang itu ialah Sam Dong dan Sam Dong jatuh cinta pandang pertama dengan Hye Mi ketika itu. Kemudian Hye Mi bangun dan terus berlalu pergi ke arah dewan tersebut dan telah mendapat tempat duduk di depan sekali

Sementara itu kembali kepada Mr Kang dia telah menemui Jin Guk berlumuran darah di studio Jin Guk melepak dan telah membawanya ke hospital. Mr Kang juga tanpa disengaja telah menghubungi keluarga Jin Guk. 

Dan pada masa yang sama juga Presiden Jung telah menjejaki Mr Yang Jin Man dirumahnya dan meminta Mr Yang menjadi guru di Kirin High namun Mr Yang terus menolak kerana dia mengatakan dia sering ditipu seumur hidupnya dan dia tidak akan percaya lagi dengan kata orang lain. 

Kemudian kembali kepada Sam Dong, kini tiba giliran dia untuk membuat persembahan di atas pentas. Hye Mi terkejut kerana Song Sam Dong adalah orang yang dia terserempak tadi. Kemudian MC rancangan tersebut bertanya kepada dia kenapa dia berada di rancangan ini pada hari ini dan Sam Dong menyatakan kerana emaknya, sebab emaknya sangat risau dan tidak boleh tidur malam memikirkan Sam Dong akan hidup keseorangan sampai tua. Oleh itu MC tersebut menyatakan ada ramai perempuan cantik di situ hari ini dan pilihlah seorang untuk dibawa ke atas pentas. 

Kemudian Sam Dong terpandang Hye Mi yang kebetulan duduk di barisan hadapan sekali kemudian Sam Dong perlahan-lahan melangkah ke Hye Mi dan menarik tangannya sambil meminta maaf kerana berbuat begini.

Sementara itu Mr. Yang bertanya kepada Presiden Jung adakah dia tersilap pilih orang dan adakah dia tidak takut akan apa yang berlaku sekiranya dia menjadi guru. Dan Presiden Jung menjawab dengan tenang dia memang suka mengambil risiko begini kerana ia memberi cabaran kepadanya, dia sangat teruja untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya selepas permainan dimulakan dan dia tidak kisah sama ada keputusan baik atau buruk.

Kemudian bersambung ke episod 3

0 comments