Dream High Episode 1



Cerita ini dimulakan dengan tahun 2018 pada Grammy Award, artis bernama 'K' telah menjadi satu-satunya rakyat korea yang berjaya memenangi award tersebut.

Kemudian rancangan diteruskan dengan penampilan Bae Yong Joon yang diinterbiu oleh para wartawan yang bertanya tentang gambar sekolah K dan menyatakan bahawa beliau yang telah mencungkil bakat tersebut. Pada masa ini identiti K masih lagi dirahsiakan, masih tidak diketahui siapakah K tersebut.

Wartawan tersebut juga ada bertanya 'Pernahkah anda terfikir bahawa K akan menjadi artis antarabangsa suatu hari nanti?' Kemudian beliau menjawab 'Cuba anda bayangkan permainan snooker, beliau menyamakan dirinya dengan 'break shot' iaitu shot pertama yang akan memecahkan bola tersebut dan kemudian game akan bermula selepas itu.

Pada masa ini watak utama dan juga watak-watak lain dalam cerita ini diperkenalkan antaranya Taecyeon yang menunjukkan muka sedih, kemudian watak Kim Soo Hyun, Kemudian watak Bae Su ji Aka Suzy wonder girls yang merupakan penyanyi soprano pada masa ini dia tengah berduet dengan Jo Sumi. Kemudian watak Yoon Baek Hee yang dimainkan oleh Eun Jung dari kumpulan Tara yang pada ketika itu sedang mengambil gambar Hye Mi menyanyi. Setelah persembahan Hye Mi habis, adalah sekumpulan gadis bergossip tentang Hye Mi yang merupakan gadis yang paling tidak disukai di sekolah mereka disebabkan sikap Hye Mi yang kurang hajar dan tidak berperasaan dengan orang lain dan juga disebabkan Hye Mi mempunyai pakej yang lengkap (Kaya, Cantik dan Berbakat) dan memang berpeluang besar untuk ke Julliard.

Namun begitu disebalik sikapnya yang memang orang menyampah sungguh Yoon Baek Hee tetap setia di sisinya sebagai kawan baiknya yang mana orang memanggilnya pengikut Hye Mi ataupun bayang-bayang Hye Mi disebabkan beliau akan mengikut Hye Mi kemana saja Hye Mi pergi. Pada masa ini Yoon Baek Hee tak kisah apa pun orang nak panggil dia.

Kemudian ketika dalam perjalanan balik mereka melalui Kirin Art School yang mana membuatkan Hye Mi tersenyum sinis dengan hanya menyebut nama sekolah tersebut. Dia kata dia terlebih kelayakan untuk memasuki sekolah macam tu dan hanya orang-orang berkelas rendah sahaja akan bersekolah di situ. Pada Hye Mi mereka yang memasuki sekolah Kirin semuanya sampah. Namun Kirin Art School sebenarnya bukan sekadar sekolah tetapi lebih kepada syarikat produksi, kerana kebanyakan pelajarnya sudahpun debut sebelum tamat belajar dan menjadi artis terkemuka di korea. Disebabkan itu banyak van-van artis yang akan melalui kawasan tersebut dan fans-fans berkumpul untuk berjumpa artis pujaan mereka.

Pada masa kekalutan fans-fans mengejar artis, Hye Mi tak perasan yang dompetnya jatuh dan dikutip oleh seorang yang lalu lalang disitu. Orang tersebut kemudian membaca ID pemilik dompet tersebut dan telah menarik minatnya rakannya iaitu Jin Gook (Taecyeon), yang mana seolah-olah mengenali Hye Mi kemudian mengambil dompet tersebut dari rakannya dan ingin memulangkan kepada tuannya. Namun Jin Gook tak perasan kawannya telah mengambil foto yang disimpan Hye Mi ketika persembahannya tadi. 

Kemudian Jin Gook mengekori Hye Mi dan menyedari betapa seronoknya dia melihat telatah Hye Mi yang menutup wajahnya ketika menaiki tren (sebab mana ada orang kaya naik tren), dan juga Hye Mi tidak membayar pun tiket untuk tren tersebut.

Berbalik kepada cerita artis terkenal ketika di lapangan terbang, Presiden Jung (Bae Yong Jun) sedang memegang pendan lambang 'K' yang amat misteri itu. Pada ketika itu dia bertemu dengan Kim Hyun Joong yang bukan sahaja berada di penerbangan yang sama tetapi berjumpa di pintu keluar yang sama. Kehadiran mereka berdua telah menarik minat orang ramai yang berada di situ ketika itu terutama wartawan.

Kemudian sambung cerita Hye Mi balik, rupanya keluarga Hye Mi berhutang dengan lintah darat, bapanya telah pun melarikan diri dan meninggalkan Hye Mi dan adiknya. Lintah darat tersebut mengugut disebabkan bapanya melarikan diri maka Hye Mi yang perlu membayar hutang tersebut. Ketika dikejar lintah darat tersebut Jin Gook datang menyelamatkan Hye Mi (nasib baik dia follow Hye Mi). Jin Gook campak dompet Hye Mi dan suruh Hye Mi melarikan diri, masa ni nampaklah aksi-aksi Taecyoen yang macam menari pun iye macam kaki gaduh pun iye.

Kemudian mereka berjaya melarikan diri dengan memasuki tren bawah tanah dan tanpa disengajakan Jin Gook terpeluk Hye Mi. Kemudian Jin Gook tersenyum dan bertanya dia 'Kau kenal aku tak? Dari masa dulu? Kita berkongsi air yogurt? tetapi Hye Mi cepat-cepat tanya dia mana gambar dia? Jin Gook tak tau apa yang Hye Mi katakan dan Hye Mi tuduh dia lelaki miang sebab tu dia curi gambar dia sebab tau dia cantik sangat dalam gambar tu. Jin Gook yang pada mulanya sangat berminat dengan Hye Mi tiba-tiba mati selera dan mula menunjukkan muka menyampah dengan Hye Mi dan buat muka bodoh bila Hye Mi tanya dia lagi pasal gambar tu.

Kemudian berbalik kepada Presiden Jung dia kembali ke Kirin High yang mana membuatkan ketua sementara disitu tak senang duduk dilakonkan oleh Shi Beom Soo (dulu berlakon secret garden yang jadi pakcik jahat). Presiden Jung tidak gembira dengan apa yang dilakukan oleh Shi Beom Soo contohnya memaksa anak-anak muridnya berlatih walaupun mereka cedera dan juga tidak menjalankan uji bakat terbuka. Maka Presiden Jung mahukan pengambilan pelajar kali ini diadakan dengan uji bakat terbuka.

Kemudian kembali semula kepada Hye Mi dimana kali ni dia pula yang mengikut Jin Gook dan tak habis-habis tanya pasal gambar dia. Ketika dia mengikuti Jin Gook sehingga ke tapak dia dan kawan-kawannya berlatih menari baru Jin Gook teringat yang kawannya yang mengambil gambar tersebut dan meminta dia memulangkan gambar tersebut. Hye Mi meminta dengan kasar gambar tersebut dari rakannya, tetapi kawannya tanya Hye Mi kalau nak gambar tersebut dia perlu komen dulu tentang tariannya. Namun Hye Mi dengan kasar dan selambanya menyatakan tariannya tak menarik langsung dan sangat membosankan dan juga dia merupakan gangster. Komen Hye Mi telah menyebabkan kawannya bengang dengan dia dan nyatakan 'Kau panggil aku samseng? Kau nak aku tunjukkan pada kau apa itu samseng yang sebenarnya? Sikap agresifnya telah diselamatkan oleh Jin Gook. Perkara itu telah membuat kawannya itu tenang sekejap tetapi Hye Mi telah mengusutkan lagi keadaan dengan menyindir sesuai sangatlah kalau kau masuk ke sekolah sampah tu (sekolah kirin art school).

Walaupun dia bersikap sombong macam tu, Jin Gook masih lagi bersikap simpati dengan Hye Mi dengan menawarkan kasut dia pada Hye Mi (sebab kasut dia da buat baling lintah darat so kaki ayamlah lari) Hye Mi kata kasut dia busuk dan kotor dan dia lebih sanggup pakai kasut kotak tisu dari kasut dia (gile sombong minah ni)

Kemudian Hye Mi dapat tahu yang lintah darat tersebut telah pergi ke rumahnya dan dalam proses untuk merampas rumahnya (sebab tag merah penuh kat rumah dia) tapi nasib baik lintah darat ni tak apa-apakan adik dia Hye sung. Kemudian Hye Mi dapat panggilan dari ayahnya di Kanada yang berlindung di sana sementara. Kemudian ayahnya menyatakan akan membawa mereka ke sana dalam sebulan dua lagi dan Hye Mi perlu menumpang di rumah rakannya. Tapi bila Hye Mi dengar nama dia je Hye Mi terus kata taknak (aku bayangkan lelaki ni perogol dia ke atau molest dia tapi rupanya lelaki ni ada skandal dengan mak dia dulu).

Lelaki tersebut bernama Kang Oh Hyuk lakonan Eom Ki Joon, merupakan seorang guru di Kirin High School, yang merupakan cikgu yang paling tidak disukai sama ada oleh pelajar mahupun guru. Walaupun Hye Mi kata taknak duduk dengan Kang Oh Hyuk tapi dia tetap cari lelaki ni. Pada dia disebabkan Kang Oh Hyuk ni lah mak dan ayah dia bercerai, dan mengelar dia perosak rumah tangga orang. Pada masa ni mereka berbincang di cafe maka Kang Oh Hyuk cakap janganlah cakap kuat-kuat, sebab semua orang pandang dia bila Hye Mi cakap macam tu. Hye Mi menyatakan ini jela cara dia dapat menebus dosa Kang Oh Hyuk dengan dia dan adiknya iaitu membela mereka berdua sementara tunggu ayah dia datang ambil dorang. Namun sikap Kang Oh Hyuk yang pengecut dan juga cuak telah menyebabkan dia melarikan diri bila dengar kena membela Hye Mi dan adiknya. Hye Mi tidak berputus asa dan mencari dia dan dengan pantas mengejar dia dan menendang cermin sisinya.


Hye Mi juga tidak memberitahu sesiapa bahawa ayahnya telah pun jatuh bankrap gara-gara mahu menjaga air mukanya yang memang terkenal dengan sikapnya yang sombong dan angkuh. Namun pada suatu hari lintah darat tersebut telah datang berjumpanya di sekolah dan Baek Hee menyangkakan bahawa lelaki tersebut adalah pemandu barunya dan Hye Mi yang tidak mahu rahsianya terbongkar dengan rela hati mengikut lintah darat tersebut. 


Kemudian berbalik ke rumah Hye Mi, lintah darat tersebut memberi pilihan kepadanya. Dia mengatakan dia akan menggunakan cara yang lebih bijak untuk mengutip hutang tersebut dari Hye Mi. Lintah darat tersebut telah pun menjalankan kajian latar belakang Hye Mi dan mendapati Hye Mi merupakan seorang penyanyi yang sangat berbakat dan telah memenangi banyak anugerah. Maka dia memberikan pilihan kepada Hye Mi untuk memasuki sekolah Kirin High School dan menerbitkan album secepat yang mungkin kemudian membayar balik hutangnya bersama bunga sekali. Namun Hye Mi hanya tersenyum sinis dan lintah darat tersebut mengatakan jikalau Hye Mi menolak bermaksud dia akan berbuat sesuatu kepada Hye Sung (Hye Mi ni nampak keras hati tapi sayang gile adik dia).


Berbalik kepada Jin Guk, latar belakang keluarganya macam agak kabur sikit dan hanya menunjukkan reaksi apabila dia ternampak gambar seorang ahli perniagaan di surat khabar. Dia mengambil surat khabar tersebut dan menjadikan alas kepada makanannya. Menunjukkan seolah-olah ada kaitan antara dia dengan ahli perniagaan tersebut.


Kemudian Hye Mi masih lagi memikirkan apa lagi pilihan yang dia ada kerana impiannya untuk ke Juliard telah pun musnah dan dia tidak mempunyai pilihan lain selain ke Kirin High. Kemudian dia berjumpa dengan Baek Hee pada keesokannya dan menyatakan yang dia akan ke sesi uji bakat Kirin dan Baek Hee dengan gembiranya menyatakan dia juga akan turut serta kerana pada dia mungkin dia tak mampu masuk ke Juliard tapi ke Kirin mungkin boleh dan memastikan mereka dapat sama-sama belajar di sekolah tersebut. Baek Hee juga berjaya memujuk Hye Mi untuk ke sesi ujibakat pertama bersama-sama dan berlatih bersama.


Pada hari uji bakat tersebut, Hye Mi dengan bongkaknya menyatakan mereka semua tidak berbakat dan hanya dia yang berbakat besar di kalangan peserta-peserta tersebut. Baek Hee mengalami perasaan gemuruh dan mengajak Hye Mi untuk berdoa bersama, bila Hye Mi bertanya apakah yang dia minta Baek Hye dengan jujurnya menyatakan yang dia berdoa agar mereka berdua diterima di Kirin High.


Seperti sesi ujibakat biasa ada pelbagai bakat pada masa tersebut antaranya B-boys, pemain gitar, penyanyi lagu tradisional, penari ballet dan juga vokalis. Ada yang bagus dan ada juga yang tidak bagus.


Pada masa inilah kemunculan pertama Jason dilakonkan oleh Jang Woo Young, Jason ni nampak macam bukan orang korea tempatan sebab masa mula-mula dia da bercakap bahasa inggeris, dari loghat dia cakap macam American English.


Kemudian setelah beberapa ketika tibalah masa Hye Mi dan Baek Hee di ujibakat, mereka menyanyikan lagu duet, Hye Mi dengan gaya berlagak dan seolah-olah macam sudah biasa namun Baek Hee sebaliknya. Namun ketika Baek Hee nyanyi tanpa dia sengajakan dia telah merasa sedikit emosional dan telah dapat menghayati lagu tersebut sepenuhnya dan ini agak mengejutkan Hye Mi. Hye Mi masih lagi menunjukkan bakat nyanyian dalam musik klasikalnya.


Para juri agak terkejut dengan bakat mereka dan juga mereka yang menonton di luar. Kemudian Presiden Jun bertanya kepada mereka, apa yang akan mereka lakukan sekiranya hanya salah seorang yang melepasi ujian ini? Hye Mi dengan pantasnya menjawab saya tak kisah. Pastu Presiden Jung bertanya kepada Baek Hee apa yang anda akan lakukan?  Baek Hee kata tak boleh kalau Hye Mi tak dapat memasuki sekolah tersebut dia takkan masuk ke sekolah tersebut kerana mereka berjanji akan bersekolah di tempat yang sama.


Kemudian Presiden Jung saja menguji Hye Mi, macamana kalau saya kata yang lulus ujibakat ni ialah awak dan bukan Baek Hee? Hye Mi dengan selamba menjawab saya tetap akan masuk dan tinggalkan dia. Pada ketika ini Baek Hee terkejut sangat dan mengatakan pada Hye Mi kan kita sudah berjanji kita akan memasuki sekolah ini bersama-sama. Kemudian Hye Mi menjawab lagi, saya tiada sebab untuk gagal ujian ini kerana dia. Kemudian Presiden Jung menyatakan pada Hye Mi, masalahnya yang lulus uji bakat ni adalah Baek Hee dan bukan awak.


Ini telah mengejukan mereka berdua dan Hye Mi dengan marah menyatakan Presiden Jung mungkin tersilap tak mungkin Baek Hee lulus dan dia gagal kerana Baek Hee hanyalah orang suruhan dia. Dia orang kelas pertama dan Baek Hee hanya orang kelas ketiga macamana dia boleh dapat dan saya gagal?


Sementara semua orang terkejut dengan sikap kurang ajar Hye Mi, Presiden Jung maintain cool je dan menyatakan yang dia akan memberikan peluang kedua kepada mereka berdua untuk membuktikan pilihannya betul. Mereka berdua bersetuju dan kemudian Presiden Jung pergi ke arah piano dan memainkan satu lagu. Ketika ini Hye Mi memikirkan lagu ni seolah-olah campuran lagu Gershwin Summertime namun yang kedua tu dia tidak pasti lagu apa. Kemudian Presiden Jung bertanya kepada Hye Mi lagu apa yang dimainkan tadi, kemudian Hye Mi dengan pantas menjawab namun dia tidak dapat menghabiskan jawapannya dan kemudian Presiden Jung bertanya kepada Baek Hee dan Baek Hee dengan pantas dapat menjawab. Kemudian Hye Mi menjawab mana layak mengabungkan lagu kelas pertama dengan lagu kampung macam tu. Kemudian President Jung menyatakan sekolah ini tidak menerima pelajar kelas ketiga.


Pada saya pelajar kelas pertama adalah pelajar yang berbakat dan bekerja keras. Pelajar kelas kedua adalah mereka yang tidak mempunyai bakat namun masih bekerja keras. Dan mereka yang tergolong dalam kelas ketika adalah mereka yang berfikiran prejudis. 


Pada masa itu juga Hye Mi rasa seolah-olah ada batu besar menghempap kepala dia dan dia rasa malu sangat-sangat, manakala Baek Hee pula hanya tersenyum sinis. Kemudian Baek Hee dengan selamba berkata kepada Hye Mi, selama ni kau selalu berada dalam kelas pertama, apa rasanya berada di kelas ketiga sekarang?


Kemudian keluar pula sambungan gambar snooker sambungan dari pembukaan cerita tadi yang mana bola-bola mula bertaburan selepas first shot. Kemudian Presiden Jung berkata pada saat pukulan pertama di buat dan bola-bola mula bertaburan pada masa inilah kita akan menyedari bahawa permainan telahpun bermula. Presiden tersebut menyamakan perumpamaan itu dengan pelajar-pelajar ini yang mana pada masa ini mereka masa lagi bingung dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Jadi jangan merasa takut akan apa yang bakal berlaku dan hanya nikmati permainan ini.


Bila Hye Mi hampir-hampir keluar kemudian dia berpatah balik dan ramai menyangkakan yang dia akan buat hal namun perkara yang tidak disangka berlaku iaitu. Hye Mi melutut kepada Presiden Jung dan ini telah mengejutkan semua orang. Kemudian Hye Mi meminta 'Sila selamatkan saya'



















0 comments