Siapakah gadis itu?

Aku masih lagi terjaga, pusing ke kanan pusing ke kiri tapi masih tak boleh terlena, fikiran ku melayang ke kompleks beli belah jusco petang tadi. Senyumannya yang menawan, pipinya yang gebu dan hijabnya yang menutup sempurna auratnya. Adakah aku akan bertemu lagi gadis itu. Tak boleh jadi ni aku kena cari juga gadis tersebut kalau tidak makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena. Adakah ini yang dikatakan cinta pandang pertama? 
'Adam, bangun maghrib ni jangan golek2 lagi dalam bilik tu pergi bersiap untuk mandi lepas ni kita jemaah bersama'.

Suara emak menyedarkan aku dari igauan ku. Mungkin bila tiba masanya nanti akan kutemu gadis itu tersebut. Sekiranya ada jodoh antara aku dan dia dan sekiranya ditakdirkan tuhan aku dan dia bertemu lagi. Akan ku pinang gadis ini kerana dia lah bidadari yang ku nanti selama ini.

0 comments