Hari Sunyi

Hari ini kat opis aku sunyi giler, da macam kat kawasan perkuburan pulak. Sebabnya semua pegawai pergi mesyuarat termasuk bos aku. Kalau bos aku takde memang bosan giler. Kalau dia ada baru la aku rasa bz skit kalo tak aku cari la ape2 yg patut dibuat.

So hari ini opis menjadi sunyi sesunyinya. Dan ada la makhluk-makhluk yang amik kesempatan merayap, datang lambat (bos ada pun wat dek je datang lambat) dan yang best xde sape nak mara apa yang dibuat.

Dan hari ini aku berjaya membuka dan menutup filing-filing yang patut dibuat. Dan juga aku buat label dalam kabinet fail aku. Dan juga aku berjaya menanda kertas-kertas terpakai yang banyaknya tak terkata untuk dijadikan kertas faks dan juga kertas aku print-print draft dan jadual untuk bos aku.

0 comments