Today Routine

Disebabkan arini hari sabtu, minggu ke empat, suami aku kena bekerja, so aku seorang diri menguasai rumah ini. 

So hari ini pagi-pagi aku da bangun menjalankan aktiviti sebagai suri rumah setiap sabtu dan ahad. Antara yang telah berjaya aku lakukan yang mana aku tak dapat lakukan ketika hari bekerja ialah :
* Mengemas rumah
* Mengemas rak buku kat ruang tamu
* Membasuh cadar
* Membasuh selimut
* Vacuum lantai
* Mop lantai
* Basuh bilik air
* Basuh dapur 
* Melipat baju
* Membasuh baju
* Memasak 

Ni kira rutin setiap sabtu and ahad la mana-mana hari yang aku sempat buat. Sebab suami aku rajin 'mengemas' so setiap hari minggu aku kena kemas balik apa yang telah dia 'kemaskan' =).

Resepi for today is ayam black pepper, aku tengah pk lagi nak wat resepi macam mana, selalunya ikut buku then modified ikut suka ati aku nak tarok ape hhehe for more info tentang resepi masakan aku pi ke Resepi Aden.

0 comments