Apa La Masalah Korang Ni Ek...

by - 8:54 PM

Hari ini aku terbaca satu statement di laman tertentu yang menyatakan perempuan bujang, takpun yang da kawin tapi tiada anak tak merasa susah kehidupan ini? Adoi apa masalahnya?? Kenapa nak salahkan mereka disebabkan anda stress dengan masalah duit anda. 

Salah perempuan tu ke tak kawin lagi?

Salah perempuan tu ke takde anak lagi?

Tidak bolehkah sesama perempuan menjaga hati perempuan lain. Dan siapa kata kami tak susah? Secara mentalnya kami susah sangat sebab nak berdepan orang-orang macam anda la. 

Memanglah ada anak perbelanjaan semua bertambah, nak beli susu, nak beli pampers, nak beli baju la, pantang nampak sale semua nak beli padahal kat uma ada lagi baju anak yang tak terpakai. Salah kami ke anda tak pandai merancang kewangan anda? 

Perempuan bujang pun nak kawin gak ingat tak teringin ke bila tengok kawan-kawan semua da kawin tapi diri masih membujang.

Perempuan yang da kawin takde anak, salah dia ke Tuhan tak bagi dia rezeki untuk ada anak lagi. Ingat tak sedih ke tengok orang semua kelek anak sedangkan kita berlenggang je.

Apalah masalah korang ni, kata prihatin dengan rakan sejantina tapi asik nak mengkondem je.. Adoyai... Sedihlah tengok perangai anda ni. Kalau anda rasa anak anda n suami anda tu menyusahkan then bagilah kat orang lain. Tak nak pulak pastu tuduh perempuan perampas dan berbagai-bagai. 

Padahal diri sendiri duk menyumpah seranah orang, kita kena ingat setiap kata-kata keji and kata-kata sumpah tu akan jadi doa dan akan berbalik semula kat kita. Arini kita kata orang tu macam tu orang tu macam ni tapi sok lusa kesusahan kita jangan kita salahkan orang lain tapi renung diri sendiri k. 

Setiap yang terjadi ada hikmah jadi berhenti merungut lar!!!!!

You May Also Like

0 comments