Mode Menonton Greatest Love

by - 10:54 AM

Geram betul aku tengok episode 8 ni, mula-mula Dokko Jin sibuk kejar Ae Jung walaupun Ae Jung tak suka dia dan mula 'dugun dugun' sebab dia, sekali boleh plak Dokko cakap dia da tiada apa-apa perasaan dengan Ae Jung semua tu hanya disebabkan masa operation dia dijalankan Dr. tu pasang lagu Dugun Dugun tu jadi dia rasa hati dia hanya terkena jampi lagu tu sahaja. 

Kesian Ae Jung, pergilah ke Dr. Pil Joo tu, Dr tu pun da mengaku dia memang suka kat Ae Jung dan menunggu Ae Jung. Dia akan bawa Ae Jung keluar dari dunia hiburan yang kejam tu sebab taknak Ae Jung terluka.

Se Ri plak gila jahat nak aje aku baling dengan batu, dia berniat nak menghancurkan karier Ae Jung, dia tau yang Dokko dan Pil Joo menyukai Ae Jung. Jadi dia merancang untuk tidak bagitau kat reporter yang dia da clash dengan Dokko dan pada masa yang sama akan terus memikat Pil Joo sampai dapat. 

Pastu Mina ex member National Treasure Girl jumpa Pil Joo menyatakan supaya jaga Ae Jung baik2, sebab dia adalah kakak kesayangannya. Ae Jung yang dapat imej buruk masa dulu sebab dia tampar Se Ri, kenapa dia tampar Se Ri sebab Se Ri tarok ubat sakit perut untuk sabotaj Ae Jung tapi yang minum Mina dan menyebabkan Mina sakit. 

Jenny memberi amaran kepada Se Ri jangan cuba mengganggu Ae Jung atau rahsia dia lah punca kumpulan National Treasure tu bubar akan dibongkarkan. pastu Se Ri kata dia tak takut sebab tiada bukti. So dia katalah Mina akan muncul sebab saksi kalau Se Ri cuba mengapa2 kan Ae Jung. 

Cerita ni da makin komplikated yela bila Dokko tu beria2 nak Ae Jung, Ae Jung plak jual mahal, skang bila Ae Jung da mula menaruh harapan pada Dokko, Dokko pulak da takde perasaan. Sian Pil Joo yang menunggu Ae Jung, walaupun tahu hati Ae Jung dan penuh dengan Dokko.

You May Also Like

0 comments