IVF Treatment

Semalam aku pergi jumpe dokto thoha lagi, sebab 2 minggu lepas aku disuntik dengan ubat mematangkan ovum, jadi dia nak tengok sama ada berjaya atau tidak. Dan resultnya negatif, aku tidak mengandung, doktor agak susah hati juga dan menasihatkan aku untuk mendapatkan rawatan IVF memandangkan aku masih muda dan ovari aku masih berfungsi. 

Kenapa aku tak berjaya mengandung, doktor kata kemungkinan disebabkan tiub fallapio aku memang tidak sihat sejak dari awal lagi, sejak aku menjalani pembedahan endometriosis lagi. Sepatutnya selepas pembedahan tu aku boleh hamil seperti biasa tapi nampaknya ia tidak berjalan seperti yang dirancang.

Kos untuk rawatan IVF di hospital tu menelan kos RM15,000.00 tu aku rasa tak termasuk kos2 lain lagi. Jadi aku dan suami membuat keputusan untuk kumpul duit dulu sebelum kami mendapatkan rawatan tersebut. Doktor tanya aku apakah keutamaan aku sekarang ni, anak? kesenangan? dan aku jawab 'MIL' sebab MIL aku sekarang sedang menjalani rawatan dialisis dan ia memerlukan kos yg banyak. Aku tak cakap pun pasal keutamaan lain tapi apapun keutamaan aku jatuh tempat ketiga atau keempat. 

Apapun aku takkan berputus asa dan cuba untuk mengandung secara normal. Mungkin ini dugaan Allah untuk aku, aku percaya satu hari nanti doa aku akan didengari dan dimakbulkan untuk mempunyai anak seramai yang boleh.

2 comments

  1. Syed Mohd Idrus likes this post.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih la ye en syed sebab suka =) marilah kita bersuka ria nanti k

    ReplyDelete