To People Who Cannot Get Pregnant

Yang ini aku tuju khas kepada mereka yang senasib dengan aku, aku tahu ramai lagi wanita di luar sana yang mempunyai masalah seperti aku. Untuk kamu semua jangan berputus asa seperti mana aku juga tidak berputus asa. Sudah hampir 3 tahun aku mencuba dan aku tidak akan berhenti mencuba.

Jangan dengar cakap-cakap orang disekeliling kamu yang tidak memahami masalah seperti kita. Kerana orang memang suka melihat kepada kekurangan seseorang berbanding kelebihannya. Mungkin ada yang cakap kamu mandul atau tidak mahu mengandung kerana takut badan tak cantik lagi. Biar mereka nak kata apapun, pekak kan telinga dan butakan mata. Yang penting kita tahu apa yang kita nak dan berusaha untuk mendapatkannya. 

Dan untuk mereka-mereka yang tak henti menkondem kami yang tiada anak ni dan selalu berkata 'Kamu tiada anak jadi kamu tak rase kesusahan hidup' hentikan lah walaupun kami tiada anak tapi kamu tahu ke berapa ribu dan puluh ribu malah ratus ribu telah kami habiskan untuk mendapatkan anak. Jadi hentikan kata-kata menyakitkan hati itu. 

Akhir kata marilah kita semua berusaha dan mencuba hingga berjaya. 

3 comments

  1. i'll support you!jgn give up k! :)

    ReplyDelete
  2. aden, apa ni..takmo la sedih2. jgn ckp cmtu,bknkah ada himah disebalik semua ni. percaya rezki allah ada dimana-mana..

    ReplyDelete
  3. Cik Ain terima kasih lah sebab support aku!! Undilah saya k

    Cik TajnSham bukan sedih tapi geram dengan mulut-mulut belacan ni, suka sangat mengutuk dan menghina kami-kami yang belum berupaya untuk mengandung ni, jadi saya memberi motivasi untuk orang-orang yang senasib dengan saya

    ReplyDelete