6 Weeks 6 Day


Alhamdulillah setelah di scan dan dikonpemkan oleh dokto pada 8 Oktober 2011, Sabtu lepas dokto sahkan aku mengandung 6 minggu dan 6 hari,itu ikut kiraan panjang baby lar, kalo ikut kiraan aku sendiri aku ingat da 8 minggu sebab aku kira dari first day aku period. So masa scan tu dapatlah dengar bunyi jantung baby yang memang laju giler, mase first dengar tu macam x percaya pn iya btul ke ni, aku bakal jadi ibu?? dan yang paling happy en suami la, mana taknya kami menanti detik dan saat ini selama 3 tahun lamanya. 

Inilah hadiah anniversary, besday aku n encik suami yang paling menggembirakan. So dokto scan dan cakap insyaAllah due date aku jatuh pada 27hb Mei 2012. Amin... 16 oktober ni ada talk dari dr thokha tentang penjagaan selepas bersalin tapi aku lupa plak nak tanya pukul brape, kalo sempat pi la almaklum la en suami kena balik KL ari tu.

Jadi bila da mengandung ni mestila ada supplement kena makan, antara yang paksa rela aku makan, asid folic 500mcg, proscal (sebab aku alah susu lembu temporarily) dan juga Neurogain PB. 

0 comments