Spotcheck Kesihatan

by - 12:24 PM


Ini cerita lama tapi tak kisahlah aku nak masukkan juga, time ni orang kesihatan datang untuk buat pemeriksaan ke atas semua orang yang berkerja, terutamanya yang bekerja di syarikat gergasi seperti kami ni, almaklum la da ramai sangat yang jadi 'ting tong' takpun obesiti yela kalau dah kerja mencekik je 24 jam mana tak obes.

So ramai la berduyun-duyun beratur, mula-mula isi borang, dlm borang tu kita kena isi history kesihatan kita, kemudian ada soalan berkaitan mental dan juga kadar stress di tempat kita berkerja itulah. 

Lepas sesi isi borang sesi ambil darah pula, ni dia nak check kadar gula dalam darah dan juga kadar kolesterol dalam darah, dalah baru lepas raya, open house pula tiap2 minggu memang larila keputusan.

Lepas itu sesi timbang menimbang dan ukur mengukur, haa yang ini ramai la mula tarik nafas dalam-dalam yela takut bocor rahsia berat dan saiz pinggang sebenar.


You May Also Like

0 comments