Pengalaman Kerja

by - 3:54 PM

Rasanya sudah tiba aku memohon bertukar disebabkan aku da cukup tepu duduk kat sini dan yang penting orang tak suka kat kita ape lagi 'Blah la beb'. Kalau cakap pasal pengalaman kerja mase aku 

Kat Kementerian dari 15 Februari 2005 smpi 14 Disember 2008. Kerja yang aku da buat :

1. Ganti PA Timbalan Menteri
2. Pool PSM
3. Jaga Kursus Induksi, Kursus Khusus, Kursus Kewangan, Kursus PSM, Kursus Pemandu dan lain-lain kursus 
4. Ganti PA KSU, TKSU, SUBK(KP)
5. Taip kenaikan pangkat JUSA A, B, C
6. Taip surat menyurat Unit A, B, C, D
7. Taip laporan tatatertib, buang kerja, prima facie, ptk
8. Jadi urusetia APC, ADC, Makan Malam KSU, Makan Malam Kementerian
9. Taip data banjir beribu2 lemon banyaknya.
10. Jadi PA SUB PSM
11. Ganti PA SUB PSM
12. Taip surat masuk dan keluar

Pengalaman kat KEMAS dari 15 Disember 2008 smpai la skang ni ntah bila xtau nk tuka

1. Taip surat masuk dan keluar.
2. Taip punch kad
3. Taip jadual bertugas
4. Jadi urus setia temu duga
5. Taip data temu duga
6. Buat surat temu duga (asal semua temu duga je ek)

Ternyata aku banyak mensia-siakan tenaga kat Pejabat sekarang ni, patutla orang kata gred 27 tapi sia-sia sahaja. Nak buat macamana masing-masing tak nak aku ambil kerja dorang nanti dorang takde kerja pulak nak menunjuk-nunjuk depan bos tu. 

Dan mungkin salah aku gak kot sebab berat tulang malas nak tanya ada kerja tak, dulu da pernah terkena masuk-masuk kerja da kena buli dengan dia suruh taip sume kerja-kerja dia tapi skang ni dia da ada penganti tapi harga kemarahan sebab aku melawan dia adalah memulaukan aku. 

Mungkin satu hari nanti ada tempat yang lebih menghargai aku, tapi yang pasti bukan di sini. Disini hati ku sudah mati dan meluat dengan perangai hipokrit manusia-manusia ni. Dengan yang kaki bodeknye lain, yang gedik lain, yang hipokrit lain, bosan aku. 

Dulu aku minta tuka sebab semua kerja da buat tapi skang aku nak minta tukar sebab takde siapa yang perlukan aku disini. Mungkin pengganti ku yg akan dtg boleh diterima oleh mereka berbanding aku yang tak pandai bersosial dan mencuri masa bekerja dengan berfoya-foya di luar sana.




You May Also Like

3 comments

  1. ko nak try tukar mane lak den?

    ReplyDelete
  2. aku nk tuka balik putrajaya beb ikut en suami yg skang tgh bekeja di KL... hahaha ble tak?

    ReplyDelete