Aku masih lagi terjaga, pusing ke kanan pusing ke kiri tapi masih tak boleh terlena, fikiran ku melayang ke kompleks beli belah jusco petang tadi. Senyumannya yang menawan, pipinya yang gebu dan hijabnya yang menutup sempurna auratnya. Adakah aku akan bertemu lagi gadis itu. Tak boleh jadi ni aku kena cari juga gadis tersebut kalau tidak makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena. Adakah ini yang dikatakan cinta pandang pertama?
'Adam, bangun maghrib ni jangan golek2 lagi dalam bilik tu pergi bersiap untuk mandi lepas ni kita jemaah bersama'.
Suara emak menyedarkan aku dari igauan ku. Mungkin bila tiba masanya nanti akan kutemu gadis itu tersebut. Sekiranya ada jodoh antara aku dan dia dan sekiranya ditakdirkan tuhan aku dan dia bertemu lagi. Akan ku pinang gadis ini kerana dia lah bidadari yang ku nanti selama ini.
Arini aku nak bercerita tentang Park Shi Hoo sebab aku tengah ngok cerita Prosecuter Princess. Totally hensem dia ni. Aku sertakan sikit tentang sape dia Park Shi Hoo ni.
Name Glamour : Park Shi Hoo
Nama Sebenar : Park Pyung Ho
Tarikh Lahir : 3 April 1978
Ketinggian : 182cm
Berat : 70 kg
Antara drama yang dibintangi oleh dia ni ialah Princess Prosecuter, Coffee House, Queen of Reversals dan Iljimae.
Yup berita ni aku baca dari allkpop.com yang mendapat sumber dari sports chosun mengatakan pada awal 2012 kemungkinan siri Dream High Season 2 akan ditayangkan. Dan yang menariknya pelakon-pelakon drama tetersebut akan diambil dari satu siri realiti show dipanggil Survivor Auditions. Namun JYP Entertainment JYPark menyatakan yang mereka tidak akan dijadikan pelakon utama cerita terbabit bermakna siri kedua ini mungkin akan dibintangi oleh artis-artis terkemuka korea. Mungkin pemenang realiti show tersebut boleh menjadikan siri Dream High ini sebagai batu loncatan untuk mereka popular seperti artis yang ada sekarang ni.
Ya inilah dia gambar hantaran curi-curi yang kitaorang cilok dari sebuah kedai, nak tiru gubahan punya pasal jadi adik aku tolong cover and aku tukang snap guna camera aku yang paling canggih tu (^0^).
Disebabkan aku bercuti selama 4 hari yela masuk sabtu n ahad sebabnya :
* Ari jumaat cuti rehat main netball
* Ari sabtu cuti sakit first time period
* Ari ahad cuti sakit gak tak pi mane pun
* Ari senin cuti teman mak cari barang + kemas uma bersepah
Jadi bile hari selasa mengelatat aku nak bangun pun adoyai malasnye.... Tapi kerja tetap kena kerja dan rezeki itu datang jika kita bangun awal pagi.
So ada orang bila da lama cuti jadi malas ada pulak yang lepas bercuti panjang menjadi rajin gila sebab da dapat rehat yang cukup. Sebenanya setiap orang kena bercuti at least sebulan sekali, cuti untuk menenangkan fikiran walaupun cuti sabtu dan ahad da banyak tapi selalunya waktu minggu pun kita akan fikir pasal kerja lagi.
Aku jumpa siri torrent khas keluaran Lala magazine. Magazine yang mengeluarkan cite Kaichou Wa Maid Sama untuk 4 bulan sekali yang mana agak menyeksakan dan disebabkan berlaku tsunami aku tak rasa dia akan keluarkan episod baru buat masa terdekat ni . Sigh...
Kalau jumpa kat youtube akan aku attachkan disini ye..
Pada 13hb Mac yang lalu aku pergi ke wedding member uma lame aku merangkap member poly lame aku merangkap member same2 lapor diri walaupun lain kementerian (banyak btul rangkapnye) dan kebetulan dia berkahwin dengan member sekolah aku namenye nuar botak. So majlis macam biasa la tema ijau yang memang favourite colour di adib ni. So yang pi adalah aku, adik aku angah dan hafiz serta mak aku sebab laki aku kena cirit birit hasil masakan dia sendiri. Yang pelik aku tak kena pulak =0.
So bersama-sama ini aku kepilkan beberapa gambar yang sempat aku snap2 dengan jari yang tak brape pro menggunakan kamera pinjam dari laki aku punya =)
Cuti penat main netball kerana pada minggu lepas aku sibuk berlatih netball sehingga badan aku tak mampu nak diangkat lagi maka disebabkan bos aku tiada sepanjang minggu sampai hari isnin aku pun ambil keputusan untuk bercuti juga pada hari itu.
Yelah bagi mereka yang berkerja sebagai Setiausaha ini bukan senang nak cuti jikalau bos ada time bos tiadalah nak cuti senang. So hari-hari aku dipenuhkan dengan tidur sepanjang hari dan tengok cite korea dan House bersama suami tersayang (time dia balik lah).
Misi mencari lagu korea terbaru dari kumpulan Secret tajuknya Shy Boy sebab lagu ni kerap sangat aku dengar dekat radio 96.3, lepas tu aku dengar pulak dekat cerita Oh! My School so maknanye lagu ni mesti famous giler cuma aku tak tau je tajuk dia tapi selepas di godeh2 di youtube berjaya gak aku jumpa.