Yang ini aku tuju khas kepada mereka yang senasib dengan aku, aku tahu ramai lagi wanita di luar sana yang mempunyai masalah seperti aku. Untuk kamu semua jangan berputus asa seperti mana aku juga tidak berputus asa. Sudah hampir 3 tahun aku mencuba dan aku tidak akan berhenti mencuba.
Jangan dengar cakap-cakap orang disekeliling kamu yang tidak memahami masalah seperti kita. Kerana orang memang suka melihat kepada kekurangan seseorang berbanding kelebihannya. Mungkin ada yang cakap kamu mandul atau tidak mahu mengandung kerana takut badan tak cantik lagi. Biar mereka nak kata apapun, pekak kan telinga dan butakan mata. Yang penting kita tahu apa yang kita nak dan berusaha untuk mendapatkannya.
Dan untuk mereka-mereka yang tak henti menkondem kami yang tiada anak ni dan selalu berkata 'Kamu tiada anak jadi kamu tak rase kesusahan hidup' hentikan lah walaupun kami tiada anak tapi kamu tahu ke berapa ribu dan puluh ribu malah ratus ribu telah kami habiskan untuk mendapatkan anak. Jadi hentikan kata-kata menyakitkan hati itu.
Akhir kata marilah kita semua berusaha dan mencuba hingga berjaya.
Semalam aku pergi jumpe dokto thoha lagi, sebab 2 minggu lepas aku disuntik dengan ubat mematangkan ovum, jadi dia nak tengok sama ada berjaya atau tidak. Dan resultnya negatif, aku tidak mengandung, doktor agak susah hati juga dan menasihatkan aku untuk mendapatkan rawatan IVF memandangkan aku masih muda dan ovari aku masih berfungsi.
Kenapa aku tak berjaya mengandung, doktor kata kemungkinan disebabkan tiub fallapio aku memang tidak sihat sejak dari awal lagi, sejak aku menjalani pembedahan endometriosis lagi. Sepatutnya selepas pembedahan tu aku boleh hamil seperti biasa tapi nampaknya ia tidak berjalan seperti yang dirancang.
Kos untuk rawatan IVF di hospital tu menelan kos RM15,000.00 tu aku rasa tak termasuk kos2 lain lagi. Jadi aku dan suami membuat keputusan untuk kumpul duit dulu sebelum kami mendapatkan rawatan tersebut. Doktor tanya aku apakah keutamaan aku sekarang ni, anak? kesenangan? dan aku jawab 'MIL' sebab MIL aku sekarang sedang menjalani rawatan dialisis dan ia memerlukan kos yg banyak. Aku tak cakap pun pasal keutamaan lain tapi apapun keutamaan aku jatuh tempat ketiga atau keempat.
Apapun aku takkan berputus asa dan cuba untuk mengandung secara normal. Mungkin ini dugaan Allah untuk aku, aku percaya satu hari nanti doa aku akan didengari dan dimakbulkan untuk mempunyai anak seramai yang boleh.