Semalam dalam pukul 6.30 rumah aku tiba-tiba je black out, nasib baik husna tak menangis ketakutan atau menjerit, aku ngok dia relaks je duk atas walker dia, tengah syok2 posing kan dia kat atas walker dgn topi yg walid dia beli 'pup' lampu xde. Yang aku dengar menjerit adalah suara adik aku yang frust kat atas sebab komputer padam tibe2. Padan muka dia, asik mengadap internet je dari pagi smpi malam.
So selepas blackout tu anak aku nk tido plak sian la plak da la panas berpeluh2 dia kepanasan. Mak aku balik je terus aku ajak dia pi jusco permas nak mencari tempat yang sejuk. And adik aku plak lepas da black out tu cabut pi uma member dia plak.
So aku pi la jusco dgn parent aku sementara nk tunggu uma ada elektrik balik. Da sampai jusco ble plak aku terwindow shopping plak terbang $$$ aku beli 2 pasang baju n stokin dia. Tgh window2 shopping tibe2 jusco plak black out. Sudah situ plak black out payah la nk lari mane plak ni.
So nasib baik x smapi brape minit lampu ada balik so kami pn makan la kat secret recipe n aku try kek baru dia. Memang la sihat tp x sodap langsung. konfem x makan lagi pasni. heheh
Kadang-kadang aku terfikir apa itu rasuah? Apa itu integriti tapi ramai yang fikir makan rasuah tu xpe kite menolong orang, yeke menolong orang ke menolong diri sendiri? Bila bercakap pasal integriti ramai kate diri sendiri berintegriti amanah dan jujur tapi hanya orang disekeliling dia yang tau integriti ke tak orang tu sebab kadang2 pandangan mata kita boleh menipu mate orang yang melihatnya.
Memang la sedap makan rasuah tapi kalo da hari2 makan rasuah mesti rase bersalah gak, pakaila keta besar ke ada uma besar ke harta besar2 yang orang kate makan 7 keturunan pn x habis. tapi kalau hasilnya datang dari rasuah kita tetap tidak akan merasa gembira dan nikmat memiliki benda2 tersebut takde sebab kite tau kita dapat benda tu bukan hasil dari titik peluh kita sendiri tapi dari rasuah.
Nak kate seminggu xdela seminggu sangat actually sampai hari khamis je.
Dalam 4 hari ni aku plan nak mengemas bilik, buang ape yang patut shred ape yang patut, jeles ngok pejabat orang kemas je aku pejabat macam tongkang pecah rasenya kalau ada tikus kat celah2 kertas tu pun aku x sedar tau2 dia da beranak pinak dalam kertas2 tu. So ini azam aku la ntah tercapai ke tak. Kalau da mengadap internet n fesbuk je mane nak jalan kerja2 tu..
Dalam 4 hari ni aku plan nak mengemas bilik, buang ape yang patut shred ape yang patut, jeles ngok pejabat orang kemas je aku pejabat macam tongkang pecah rasenya kalau ada tikus kat celah2 kertas tu pun aku x sedar tau2 dia da beranak pinak dalam kertas2 tu. So ini azam aku la ntah tercapai ke tak. Kalau da mengadap internet n fesbuk je mane nak jalan kerja2 tu..
Pada hari isnin 8 hb oktober yang lepas aku bawa husna pi check up and inject skali so punyala ramai orang menunggu sampai tertido2 anak aku nasib baik dia tak meragam agak2 meragam je aku sumbat 'tut'.
So tunggu punya tunggu sampaila giliran kami dipanggil ke bilik nurse, so nurse check2 tanya da pusing ke belum, aku kate belum, pastu dia tanye da capai2 barang ke belum aku kate da tp dia pilih yang ada bunyi2 je yang xde bunyi dia xnk capai, so aku tanya misi nape anak aku tak pusing lagi dia kate maybe sebab anak aku badan besa. badan besa?? aku rase anak aku comel kecik je tp misi dia mesti tau lebih kot. Skang berat husna da mencecah 5.8kg patutla tangan umi makin sasa anak umi makin semangat rupanya.
So lepas da jumpe misi pi la giliran suntik plak, ada orang potong line tp aku x kisah pun sebab maybe dia tak sanggup tunggu lame2 almaklum la kakitangan x ckup psakit ramai. Jadi setelah anak aku dicucuk dia x nangis langsung macam pelik plak tp bagusla at least x lalak2 kang dia lalak aku pn same lalak.
ABOUT ME
POPULAR POSTS
Categories
- Blog 29
- Contest 22
- Japan Drama 1
- Korean Drama 50
- Motherhood 38
- Novel 6
- Otakku 133
- Peristiwa 23
- Psikologi 6
- Renungan 13
- Secretary Life 49
- Tips 18
- Tips Beli Rumah 2
- Tips Ibu Bapa 25
- Tips Kahwin 2
- Tips Kesihatan 5
- Tips Pejabat 50
- Tips Rumah 3
- Tips Rumahtangga 6
- Travelogue 16
Iklan
Contact Form
Rules and Regulation
Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam atau negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain dengan atau tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi Ringgit Malaysia Lima Puluh Lapan (RM58,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.