Aku dan Donat

Ini percubaan kedua aku membuat donat setelah cubaan pertama membuat donat minggu lepas ke laut aku try lagi buat donat ni, walaupun tak la berapa nak gebu dan cantik sangat tapi nasib baik menjadi donat aku. Resepi dia pun mudah sangat.


 Sebelum di goreng tengah tunggu nak naik gebu

Selepas di goreng dan menjadi gebu2



Bahan-bahan :

1 Kg Tepung Gandum
1 Paket Mauripan
4 Sudu Marjerin
4 Sudu Susu Pekat
Secubit garam
Gula Aising (Untuk salut donat)
Air sedikit

Cara-cara

1. Masukkan tepung gandum kemudian buat lubang kat tengah-tengah.
2. Letakkan mauripan yang telah diaktifkan. Marjerin dan susu pekat serta garam di tengah-tengah tepung tadi.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai sebati semua bahan-bahan tersebut. 
4. Kemudian uli tepung tadi bentuk bola dan leperkan kemudian buat lubang di tengah-tengah ulian tepung tadi.
5. Biarkan sampai donat tadi mengembang dulu sekurang-kurangnya setengah jam.
6. Goreng dan gaul dengan gula aising atau ikut citarasa masing-masing.

Amaran :

1. Pastikan tidak terlebih air atau terlebih tepung sebab kalau terlebih air dia akan lembek, kalau terlebih tepung dia akan jadi keras.
2. Goreng dengan api kecil kalau tidak hangus nanti.


0 comments