Auntie Nak Tumpang

Hari ini aku pergi ke LHDN selesaikan urusan LHDN suami aku, lepas tu masa aku nak balik, ada seorang makcik tua bercakap dengan aku, 'Adik, you lalu sentosa tak, auntie mau tumpang la', dalam hati aku terdetik nak bohong ke nak cakap benar. 

Lepas itu, aku buat keputusan untuk tak nak menipu makcik itu, aku cakap aku lalu then aku tak kisah kalau dia nak tumpang.

Jadi, masa dalam perjalanan aku borak la dengan dia.

Aku : Auntie duk mana?
Auntie : I duduk dekat dengan telekom, you hantarkan saya sampai telekom boleh tak kakak
Aku : Boleh tiada masalah memang saya lalu.
Auntie : Terima kasih ye adik, you duduk mana?
Aku : Saya duduk Permas.
Auntie : Oh, saya duduk flat plentong dulu, saya tau Permas mana.
Aku : Ok. (Dalam hati aku dah berdebar-debar dah ni, jangan auntie merompak ke ada penculik ke sudah, aku niat yang baik-baik je dalam hati aku, semoga Allah melindungi aku)

Aku : Auntie datang naik apa tadi?

Auntie : Oh, saya datang naik bas dari tampoi tukar-tukar bas sampai sini, hantar barang kawan, saya mahu balik naik bas tapi tiada duit, mahu pinjam kawan pun saya malu.
Aku : Auntie bawa siapa tu?

Auntie : Oh, ini saya punya cucu.
Aku : Wah, auntie nampak muda lah untuk ada cucu, umur brapa?
Auntie : Saya sudah 49 tahun maa, anak saya kawin muda umur 17 tahun sudah kahwin.
Aku : Auntie sebaya mak saya sudah ada cucu, bagus ye, auntie ada brapa orang anak, masih kerja lagi ka?
Auntie : Saya ada 3 orang anak, yang nombor satu perempuan sudah kahwin, ini dia punya anak lah, yang nombor dua tingkatan 3, sekolah di SMPKJ 2, yang nombor tiga darjah 2, saya kerja tapi arini saya cuti.
Aku : Selalu kalau auntie jalan-jalan naik apa?
Auntie : Saya naik bas atau teksi la, saya miskin mana mampu beli kereta.

Aku : Ohh baguslah auntie.
Auntie : You kerja mana, gaji brapa, banyak tak gaji you, suami you kerja tak?
Aku : Saya kerja Wisma di Ayer Molek (aku tak nak bagitau aku kerja government mana lah tau tibe-tibe dia menjerit UBAH), gaji saya tak banyak cukup-cukup makan lah, suami saya kerja di KL.
Auntie : Oh saya pernah duduk KL dulu, saya duk Sg. Wang.

Aku : Auntie duk sewa ke rumah sendiri.
Auntie : Saya duk sewa sahaja, RM700 dua bilik punya rumah, banyak kecik lah.
Aku : Okla tu auntie saya tiada rumah, tumpang parent juga.

Pastu dah sampai ke destinasi.

Aku : Ok auntie jalan baik-baik ya.
Auntie : Ok terima kasih kakak jumpa lagi.
Aku : InsyaAllah (spontan je aku cakap)
Auntie : Assalamualaikum kakak
Aku : Senyum sahaja.

Lepas tu dari Taman Sentosa sampai ke rumah mak aku terfikir macam mana aku boleh berani nak tumpangkan orang yang aku tak kenal langsung pun, padahal rakan sepejabat pun tak pernah aku tumpangkan kecuali kalau dorang cakap lah. Aku hanya berniat yang baik-baik sahaja. Kalau auntie tu tipu aku ke ape ke lantak lah yang penting niat aku nak tolong dia sahaja. Sekian.

0 comments