Bahang Pilihanraya Semakin Terasa

by - 1:56 PM


Pilihanraya akan datang esok, selepas proses penamaan bendera2 pun sudah mula dipasang, bahangnya terasa bukan di facebook sahaja tapi diluar juga. Yang cina kutuk melayu, yang melayu kutuk cina, yang india kutuk melayu pastu sebaliknya juga, tak kurang juga sabahan atau sarawakian kutuk semenanjunghan... 

Ini boleh dikatakan kali kedua aku mengundi, dan sepanjang idup aku la, wakil rakyat kat tempat aku kurang prihatin baik yang BN atau pembangkang. Muka nampak hanya masa pilihanraya jela, ke aku yang jarang bersosial dengan orang sebab tu aku tak nampak.

Yang DAP perjuangkan buang kronisme, buang rasuah, turunkan harga minyak, turunkan harga kereta. itu kira pakatan punya manifesto, so kita lihat jela siapa yang berjaya dan siapa yang akan kalah. Tapi yang pasti tahun ni punya pilihanraya sangat panas lebih dari luar biase. Yang BN plak manifesto mengekalkan kestabilan dan keamanan.

Aku sebagai kakitangan awam tak boleh sewenang-wenangnye mengeluarkan statement berpihak pada siapa2 pun, itu memang aku janji aku sebagai penjawat awam. Siapa yang aku sokong akan aku rahsiakan sampai bila2 pun. Bukan sebab aku takut nak suarakan pendapat k..

Jangan jadi macam calon kucing tu sudah ye...


You May Also Like

0 comments