Guilty Pleasure

Semua orang ada guilty pleasure, sesuatu yang kita buat secara diam-diam dan kalau boleh tidak mahu orang tahu sebab benda itu sangat memalukan. 

Guilty pleasure aku, baca komik sebab kalau kawan-kawan sekolah aku tanya aku ada baca komik lagi tak, mesti aku jawab tidak sebab nanti mesti aku akan diketawakan oleh mereka. Umur aku da hampir 30 tahun, dah jadi isteri dan umi kepada seorang anak tapi masih minat baca komik. Itu la satu-satu benda yang aku suka buat dan aku akan baca diam-diam.

Lagi satu guilty pleasure aku, dengar lagu Justin Bieber, Nsync dan Backstreet Boys. Walaupun ramai kata mereka ini old school kecuali JB la, tapi entah kenapa aku masih terikat dengan boys band ini.

0 comments