Husna Cucuk Setahun

Pada hari ini aku menghadiri temujanji di klinik desa permas jaya, husna dijangka akan menerima suntikan MMR dia pada hari ini, maklumat tentang MMR akan aku masukkan kemudian.

Prosedur kalau menjalani pemeriksaan di klinik desa mudah sahaja, kalau anak kita tidak mengalami penyakit kronik hanya jururawat sahaja yang akan menjalankan pemeriksaan. So aku datang dalam pukul 3 petang dan oranh tidak ramai sangat pada masa tersebut.

Jadi jururawat or misi buat pemeriksaan iaitu timbang dan ukur panjang untuk melihat adakah berat anak aku naik dan adakah dia makin tinggi atau ketot.

Selepas pemeriksaan semua sesi suntikan pula. Husna sangat baik dengan tidak menjerit atau menangis pun. Alhamdulullah sepanjana aku bawa husna pergi pemeriksaan husna tidak pernah meragam.

Temujanji seterusnya adalah pada bulan Ogos pula iaitu selepas raya puasa.

Mungkin aku akan bawa husna ke Regency itu mendapatkan suntikan pnemucocal dan rotavirus. Minta-minta masih boleh lagi memandangkan sepatutnya suntikan pertama dilakukan seawal 3 bulan.

Silap aku juga kerana memandang remeh isu vaksin terutama vaksin yang tidak disenaraikan oleh kerajaan.

0 comments