Lagu Kenangan Aku dan Dia

by - 7:11 PM

Hari ini di radio berkumandang berkenaan topik lagu yang membangkitkan kenangan. Pada aku lagu yang membangkitkan kenangan aku dan Mr. Bear adalah lagu Here Without You oleh 3 Doors sebab kami bercinta secara jarak jauh. Jadi bila dengar lagu tu mesti aku rasa sayu dan membangkitkan kenangan 5 tahun percintaan kami.

Sekarang dah berkahwin pun masih berjauhan jadi bila dengar lagu tu, mesti aku teringat macam mana dugaan ketika kami bercinta dulu. Cuma sekarang dia lebih tenang memandangkan kami sudah ada seorang cahaya mata dan lagu tema kami My Little Girl oleh Maher Zain.

You May Also Like

0 comments