Husna Sedut Gas Hari Ini

Hari ini Mr. Bear decide nak bawa Husna pergi sedut gas selepas kahak dia nampak macam tak reda. Klinik yang dituju adalah klinik Lim and Surgeri sebab anak saudara aku Adam pun pergi sedut gas semalam pun kes yang sama selesema dan batuk berkahak.

Masa nurse bagi sedut gas tu Husna menjerit sekuat-kuat tidak. Menangis je sepanjang gas tu diletak kat hidung dia dan meronta-ronta. Sedih giles aku masa tu, Mr. Bear dah merah da mata masa tengok anak dia macam tu. Yela siapa yang tak sedih.

Lepas tu jumpe doktor balik, doktor cakap kahak dia banyak sangat. Sebab tu nafas jadi berbunyi. Pas Husna mengarok2 aku pun keluar tunggu giliran ambil ubat kat luar. Baik pula mood Husna lepas tu. Bila tiba giliran kami ambil ubat punyalah banyak ubat nak makan. Kesian aku kat anak aku. Takde cara lain ke nak baik selain telan bermacam-macam jenis ubat ni. 

Doktor pun suruh berhenti makan Ibubrophen yang Hospital Regency bagi sebab dia kata boleh jadi punca gastrik. Dia suruh ambil ubat demam klinik dia je, PCM Panadol sirap. Pastu di rumah aku bagitau kat suami aku tak suka PCM sebab ada kes budak meninggal makan PCM tu dos dia tinggi sangat. Lepas tu Mr. Bear cakap Husna tak demam jadi tak perlu bagi ubat tu.

Antara punca jadi macam tu kata doktor maybe bulu kucing dan juga habuk rumah. Adoi macamana nak buat ni. Umah mak aku ada kucing dan umah mertua pun ada kucing juga.


0 comments