Patut Tak Shopping Guna Kad Kredit

by - 10:18 PM

Hari ini tiba-tiba aku rasa nafsu membeli belah aku macam orang gila, tapi nasib baik aku masih boleh mengawal diri dengan tidak menggunakan kad kredit aku untuk membeli apa-apa. Kadang-kadang jeles juga tengok orang beli baju dan kasut baru kadang-kadang tudung baru berganti setiap hari. Tak macam aku dah 5 tahun pakai baju dan semua barang yang sama. Sampai orang tegur cakap nak kata aku ni miskin gaji besar, laki pun gaji besar.

Entahlah pada aku ada benda yang lebih penting aku patut belanja dari baju dan kasut. Contohnya makanan untuk rumah aku or rumah parent in law aku sebab both of my parent dah tak bekerja. 

Jadi nak bisnes tak minat pula so telan air liur jelah tengok orang belanja sakan. Jadi tipulah kalau aku tak minat designer shoes atau designer dress... Mampu tengok jelah ye mak...

You May Also Like

0 comments