Lama Tak Update Blog

by - 11:25 AM

Sejak dua menjak ni aku kesibukan campur kemalasan nak update blog, masa tengah rajin tu rajin tahap gaban siap berlumba-lumba dengan adik aku blog siapa paling update tapi sekarang da makin malas pula.

Ari sabtu lepas mr Bear and me pergi check up baby untuk tahu perkembangan terkini my little baby kat dalam tummy ni. Masa hantar kad pukul 10 pagi aku dapat giliran no.30 amik kau.. tula lambat lagi datang check in. Jadi time jumpe doktor adalah pukul 9 malam. Sebab doktor tu memang bz gile babas campur pack gile dgn pesakit-pesakit tapi aku bernasib baik mase aku jumpe tu takdelah nak rushing-rushing cakap dengan doktor lebih relaks skit and doktor pun boleh bagi tumpuan lebih sikit (bayar dok).

Jadi masa scan tu nampak lah anak aku tengah bergimnastik kat dalam tu sampai doktor cakap 'Oh bakal gimnas la dalam perut awak ni' sebab dia tengah lipat kaki dia sampai ke atas. Yang kelakar Mr. Bear siap tanya tak sakit ke dia buat macam tu doktor. Pastu kali ni baby aku tak segan2 tayang muka dia dengan Umi n Walid dia tak macam Husna dulu segan yang amat. 

Jadi hasil scan tu Mr. Bear siap rakam video nak tunjuk kat parent dia. Lepas tu Mr. Bear tanya agak-agak boy ke girl, pastu result menunjukkan ktorang bakal dapat another girl 


You May Also Like

0 comments