Semakin Hari Perutku Semakin Membesar

by - 5:10 PM

Setelah sekian lama aku tak update blog, hari ini baru berkesempatan nak update. Disebabkan sibuk dengan tugas-tugas di Pejabat dan di rumah pula aku sibuk melayan anak dan mengurus rumah memang aku tidak berkesempatan nak update blog atau melayari internet.

Esok Mr. Bear nak bawa kami sekeluarga ke Teluk Ramunia yang kami pun tak tahu di mana tempatnya. Ni kira first time la kami berjalan ke sana (nama je orang Johor tapi Teluk Ramunia kat mana pun tak tahu). 

Aku da apply cuti hari esok, jadi pagi esok sebelum ke tempat tu aku nak servis dulu sang kancil ku yang da overdue nak di servis kang ada dia merajuk pula.

Perut aku makin lama makin membesar dan sarat kadang-kadang nak tidur susah sangat disebabkan Husna masih lagi menyusu dan mengempeng kalau nak tidur jadi aku kena mengiring dan peluk dia kalau tidur.

Ramai yang meneka anak di dalam kandunganku ini lelaki tapi kalau ikut scan doktor baby girl. Takpelah girl or boy janji sihat walafiat. Tu je yang aku doakan. Moga bayi ini dilahirkan ke dunia ini dengan selamat dalam keadaan yang sihat dan sempurna fizikal serta akalnya.


You May Also Like

0 comments