Anak Fobia

Pernah tak korang nampak anak korang fobia dengan apa-apa? Aku memang tak pernah takut-takutkan anak aku dengan benda-benda macam kegelapan, binatang atau apa-apa sahaja sebab suami aku melarang aku menakut-nakutkan anak aku. Mak aku suka menakut-nakutkan anak aku dengan bunyi kucing yang menyeramkan. 

Dan rupanya anak aku juga fobia dengan baby court dan perkataan tidur. Aku tau dia fobia dengan baby court sebab pagi ni aku angkat dia turun sebab nak pergi kerja. Jadi sementara tu aku letak dia dalam baby court terus dia menangis-nangis macam sedih sangat-sangat. Lepas tu aku tanya MIL aku kenapa Husna takut dengan baby court? 

MIL aku cakap FIL aku jadikan baby court tempat kuarantin kalau dia nakal. Kalau dia tak dengar cakap FIL aku akan letakkan dia dalam baby court tu. Jadi di fikiran Husna dia diletakkan di dalam baby court tu kalau dia ada buat salah. Patutlah dia jadi macam tu. Nampak memang tiada harapan lah aku nak ajar Husna tidur dalam baby court aku cakap pada MIL aku. Pastu dia kata tak mengapa nanti adik dia boleh ajar tidur dalam tu. 

Aku perasan juga anak aku tak suka kalau aku sebut perkataan tidur. Pada dia tidur ni waktu malam je, siang tak boleh sebut. Kalau da malam dekat-dekat waktu tidur dia kita sebut dia tak kisah. Dia akan naik sendiri walaupun kita tak suruh. Tapi kalau sebut waktu siang dia tak suka sebab waktu siang dia nak main walaupun dia da kepenatan.




0 comments