Suntikan Dexa

Hari ini aku dapatkan suntikan Im Dexa sebagai langkah berjaga-jaga just in case baby keluar awal. History aku lahirkan Husna 36 minggu menyebabkan doktor mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan baby kedua aku ni dilahirkan matang paru-paru nya. Doktor bagi penerangan yang tujuan suntikan ni adalah untuk mematangkan paru-paru bayi just in case dia keluar awal jadi dia boleh survive bila dia keluar nanti.

Aku tengok pun sekarang ni bayi yang dah cukup bulan pun kerap mengalami masalah paru-paru yang tidak tahu apa puncanya. Sama ada punca dikelilingi perokok atau pemakanan atau udara persekitaran yang semakin tercemar tidak tahu apa puncanya. Patutnya para saintis di Malaysia ni boleh buat kajian punca masalah paru-paru di kalangan bayi.

Sebelum aku disuntik tu aku tanya lah kawan-kawan yang pernah disuntik semua mengatakan suntikan ni sakit gila sampai boleh nangis la, aku da bayang macam-macam da. Even masa tengah tunggu giliran tu pun aku tanya pada nurse tu sakit ke suntikan ni, nurse kata sakit sangat sampai terasa kat jantung dan sendi-sendi. Lagilah aku kecut perut.

Jadi masa dah tiba masa giliran aku untuk suntikan aku pun baring dan nurse pun melaksanakan prosedur, rupanya ubat ni disuntik dekat sendi tulang belah kanan bukan kat punggung seperti yang diwar-warkan sahabat-sahabat aku. Nurse tu masukkan perlahan je ubat tu sebab katanya tak boleh one shot nanti bisa jadinya. Jadi yang sakitnya adalah di tempat ubat tu dimasukkan sahaja, xdelah sampai kaki kebas tak boleh jalan or sendi-sendi jadi longgar. Atau mungkin aku da lali dengan suntikan di area punggung dan pinggang sebab masa aku pregnant 7 minggu sampai 11 minggu aku disuntik hormon hampir setiap minggu. 

Aku tanya pesakit yang sorang lagi kena suntik pun dia kata benda yang sama dia just sakit kat tempat disuntik dan lenguh skit kaki sebelah yang disuntik. Aku Alhamdulillah boleh drive lagi walaupun setelah disuntik. Esok pun ada suntikan yang sama untuk dos kedua jam 9.30 pagi. Aku harap aku kuat dan boleh ke drive untuk ke ofis nanti. Chaiyo2!!! 


0 comments