Suntikan Im Dexa kali kedua

Pagi ni aku dapatkan suntikan Im Dexa kali kedua, kali ini punya suntikan sakit sikit berbanding semalam. Mula-mula aku nak suntik di tempat yang sama tapi bila fikir balik aku tukar tempat lah sebab misi pun kata tak sakit ke kalau suntik tempat sama.

Malam tadi aku terasa kesengalan di area kaki aku tak pasti disebabkan suntikan atau disebabkan kepenatan. Sebab kat kaki aku pun urat da mula timbul-timbul dengan mekarnya.

Jadi harap baby dalam perut ni sihat bila keluar nanti k. Tak sabar umi dan walid nak jumpa kamu.

0 comments