Suntikan Kancing Gigi

by - 10:18 PM

Hari ini aku ada appointment dengan doktor di Klinik Desa Kerajaan, doktor scan dan tanya-tanya pastu doktor sarankan aku untuk ambil suntikan Im Dexa sebab sebelum ni anak aku lahir dikategori pra matang (36 minggu), jadi aku pun macam agak cuak dan tanya doktor tujuan suntikan tu. Doktor kata tujuan nya untuk mematangkan paru-paru bayi kalau-kalau bayi terkeluar awal.

Pastu aku tanya ada risiko dan juga kesan sampingan tak ubat ni. Doktor tu kata xde side effect malah lagi bagus untuk bayi. Dan suntikan tu mesti diambil sok arinya juga jam 4 sekali dan lusa jam 8 sekali. Suntikan tu juga perlu diambil bila kandungan cecah 28 minggu.

So tu cite Im Dexa. 

Hari ini aku kena suntik kancing gigi dulu yang memang wajib diambil oleh semua ibu mengandung. Dulu masa mengandungkan Husna aku dapatkan suntikan ni klinik swasta tak sempat aku nak kata xnk doktor amik ubat terus je cucuk. Tapi kali ni aku appointment di Kerajaan dulu jadi jimat sikit duit heheh mahal tau suntik kat swasta sekali suntik RM100 tu. Nasib baik suntik belah kiri sebab sengal juga tangan aku pas kena suntik tu.

 



 

You May Also Like

0 comments