Survey Twin Stroller

Disebabkan anak aku da masuk dua orang jadi aku pun survey-survey la stroller yang aku rasa menarik, murah dan ringan sebab nak mengangkut senang. Sebelum ni aku pakai stroller quinny zapp memang senang sangat stroller tu sebab mudah lipat dan ringan sangat dan yang paling penting stabil. Nak cari stroller ni yang paling penting aku rasa tayar dia jadi nak cari stroller yang tayar dia tak licin susah sangat, sebab kebanyakan tayar stroller semuanya pakai tayar plastik yang aku rasa agak bahaya.

Antara stroller yang aku minat


Yang ini brand kinderwagon, aku tak tengok secara dekat lagi tapi nampak macam menarik dan ringan berat dia dalam 10kg sahaja (sama berat beras). dan harga dia antara rm899 sehingga rm1299.


Yang ini brand kolcraft, berat dia dalam 15kg harga dalam lingkungan rm1999



Jadi skang ni tengah pening nak beli yang mane satu. Ayoyo dan yang penting quinny zap tu sy nak let go memberi ruang kepada stroller baru kekekekek


0 comments