Duit oh Duit

Setiap bulan gaji aku mesti tiada peruntukan untuk berbelanja ke atas diri sendiri. Semuanya aku belanjakan untuk simpanan masa depan, anak-anak dan keperluan keluarga. Jadi nak kata sia-sia aku kerja tak juga la, walaupun ada sesetengah berpendapat perempuan lebih baik duduk rumah jadi suri rumah sahaja sebab dapat gaji pun, gaji tu dibelanja untuk diri sendiri.

Rasanya tak semua perempuan macam tu, tak payah bagi contoh orang lain tapi contoh diri sendiri sudah. Setiap bulan aku keluarkan belanja untuk membeli barang keperluan makan minum keluarga bukan keluarga aku sahaja tapi kadang-kadang keluarga mertua juga sebab suami aku dah belanjakan untuk membayar rumah dan lain-lain keperluan keluarganya. Lepas tu gaji yang lain pun kebanyakannya untuk kegunaan keluarga juga. Aku dah lama tak membeli beg tangan atau baju atau kasut untuk diri sendiri. Semuanya suami yang beli kan itu pun ikut keperluan. Aku da tak lagi membazir macam aku bujang dulu lah.

Jadi aku rasa silap besarlah bila ada orang kata perempuan selfish sebab duit gaji untuk diri sendiri. Bukan semua perempuan macam tu ye. Kalau perempuan lain itu aku tidak tahu lah. Tapi aku macam tu lah. Sekarang ni kalau ada duit lebih pun aku akan pastikan aku simpan untuk kecemasan diri sendiri dan untuk pendidikan dan kesihatan anak-anak walaupun aku dah ambilkan insuran untuk diri sendiri dan anak-anak.

Pada aku perempuan sekarang bekerja bukan untuk diri sendiri lagi tapi untuk membantu suami dan keluarga juga. Keluarga bukan semua senang lahir-lahir terus disuapkan dengan sudu emas. Tapi kebanyakan ibu bapa sekarang tidak berpendapatan, duit simpanan telah dihabiskan untuk perubatan mereka dan juga untuk menyara hidup sendiri. Yelah mana nak dapat duit bayar bil, bayar perubatan, bayar makan minum lagi. 

Aku ni buat simpanan sendiri pun xtau cukup ke tak. Tu pun nasib baik aku kakitangan kerajaan dapatlah pencen bila dah tua kelak tapi itu pun aku tidak tahu akan mencukupi atau tidak. Sekali anak aku jadi kurang bertanggungjawab siapa tahu??? Bukan dia bagi kita duit tapi duit kita pula yang dimintanya. Kebanyakan orang muda buat macam tu kepada ibu bapa masing-masing. Belum campur anak yang da tua tapi masih mengganggur, ibu bapa yang menanggung. Dahla tu ada duit berjoli pula dengan rakan-rakan. 

Aku berdoa anak-anak aku kelak janganlah berperangai begitu, harap mereka belajar yang mencari wang itu sukar dan berbelanja pula dengan sederhana dan tidak bermewah-mewah.

0 comments