Kerja Macam Lipas Kudung

by - 4:55 PM

Hari ini memang hari yang memang aku da macam lipas kudung. Pagi aku bawa kereta pi servis dulu sebab asap putih dah start keluar jadi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini aku terus je pergi. Nasib baik aku tak singgah opis dulu kalau tak konfem memang tak di servis lah kereta tu. 

Jadi sampai-sampai je kat opis Max da tunggu aku, aku dah pesan dengan budak opis suruh dia buat dulu apa yang aku dah sampaikan tu. Nasib baik arahan sampai dan masa aku sampai aku tengok dia tengah buat apa yang aku arahkan.

Jadi dari pagi sampai petang aku jalan sana jalan sini, uruskan surat pertukaran budak-budak yang tidak disokong (siaplah pasni mesti ada yang banjir opis) surat tukar tak lepas.

Pastu uruskan quotation telefon tu. Uruskan surat masuk surat keluar. 

Pastu settlekan LNPT aku dalam HRMIS. Nasib baik aku buat awal sebab dah stat hanging dah sistem tu. Bos punya pun aku da masukkan kegiatan dan latihan. Tinggal murnikan SKT dia je hasilnya. Nasib baik awal tahun aku dah key in jadi xde lah pening sangat.

Betul kata orang kalau kita da kerja lama ni, lebih mudah kita nak ikut rentak dan perbaiki apa yang lepas.

Even bajet kali ni pun aku buat format yang lebih mudah orang faham dan aku pun mudah nak faham sebab nanti aku juga yang kena belek satu-satu. Benda tu akan jadi hasil kerja bos juga kan.

Enough aku nak balik. Pejam celik dah pukul 5 dah rupanya. Tak terasa langsung masa yang berlalu dengan pantasnya.


You May Also Like

0 comments