Minit Siap

Akhirnya minit mesyuarat yang aku perap berminggu-minggu selesai juga aku siapkan dengan tidak melayan sebarang panggilan telefon atau orang yang datang. Kalau tak bila telefon berdering je mesti aku angkat dan sekiranya ada orang di kaunter aku mesti layan juga terutama time kakak yang jaga telefon dan kaunter tu tiada. Jadi tadi untuk pertama kalinya aku buat pekak dan meneruskan kerja yang sepatutnya aku siapkan dulu lagi. Yeeehaaa. Hendak seribu daya taknak seribu dalih kan.

0 comments