Org Tua Dulu vs Org Tua Skang

Zaman skang aku ngok makin ramai orang muda terutama golongan yang da jadi parent ni kembali menjadi orang zaman dulu-dulu dengan menyokong penyusuan ibu, menggalakkan interaksi dengan anak-anak, membuang kemudahan teknologi dan macam- macam lagi.

Kenapa topik orang tua dulu vs orang tua skang?? Sedar atau tidak tahap umur orang tua di Malaysia ni makin tinggi kalau nak dibandingkan dengan orang dulu-dulu yang rata umur bawah 70 da dijemput Allah. Mungkin disebabkan teknologi perubatan skang lebih canggih kalau nak dibandingkan dengan zaman dulu pun mungkin juga.

Orang tua skang juga lebih banyak menghabiskan masa dengan menonton tv, bermain game dan main gajet. Berbanding dengan orang tua dulu yang lebih banyak menggunakan fizikal seperti bercucuk tanam, menternak dan lain-lain lagi. Kalau dekatkan diri pun dekatkan dengan Allah.

Jadi agaknye sok aku tua macam mana la. Adakah aku masih menonton cerita korea?? Atau adakah aku akan banyak menghabiskan masa dengan bermain game di fesbuk. Aku pun x tahu. Tapi yang pasti aku xnak jadi orang tua yg moden.


0 comments