Perancangan Kewangan

Aku selalu terfikir cukup ke simpanan aku untuk tanggung kami bila kami da tua sok, macam aku government servant mungkin x brape risau sbb ada pencen tu pn kalau mr bear bg aku keja sampai pencen sebab dia kalau bole nak aku jadi suri rumah.

Tapi bila tengok perancangan kewangan dia aku risau sebab mr bear xde simpanan, epf pun dia selalu buat pengeluaran utk baya rumah. Tapi kami bernasib baik sebab kami ada sebiji lagi rumah apartment yang kami bole tinggal bila kami da tua sok.

Aku tengok orang tua sekarang pun ramai tersadai dan dibebani masalah kewangan. Rata-ratanya golongan yang bekerja sebagai eksekutif sekurang-kurangnye masa muda. Walaupun mempunyai simpanan yang banyak tapi disebabkan masalah kesihatan duit simpanan tu keluar pun macam air. Da juga masa muda mereka tidak menyimpan wang mereka kerana pada mereka dah penat kerja jadi hasil kerja tu perlu digunakan sepenuhnya. Aku lihat rata-rata masa muda berbelanja sakan untuk memenuhi kehendak masing-masing dan bila da tua pun masih berbelanja begitu juga.

Ni membuat aku terfikir aku akan menyesal tak kalau aku belanja duit aku untuk diri sendiri atau simpan duit yang ada untuk hari tua.

Masalah kesihatan selalu akan menyebabkan kita kesempitan dari segi kewangan jadi rasanye lebih baik aku menyimpan agar kelak aku tidak menyusahkan sesiapa pun.

0 comments