First Time Main Pasir

Ni adalah kali pertama Husna main pasir. Aku tak pernah bawa dia pergi main pasir kat pantai atau tempat lain. Kalau setakat bawa ke pantai tengok laut tu pernah la.

Seronok betul dia. Aku ada baca kat artikel tentang kebaikan main pasir dan juga perkembangan otak kanak-kanak.

Disebabkan kami main pasir agak lambat jadi Husna macam tak puas main. Masa aku angkat dia nak bawa naik melalak dia tak nak.

Lenkali aku nak bawa dia lagi, tunggu lepas bersalin dan tunggu sampai adik Husna cukup besar untuk bawa main ke pantai.



0 comments