Menanti Dengan Penuh Debaran

by - 11:16 PM

Ni bukan menanti nak bersalin tapi menanti paper black n white mr bear tentang job baru dia. Sebab job ni akan menentukan samada aku perlu mohon terus cuti tanpa gaji or kekal bekerja.

Dua kemungkinan yang akan merubah segalanya. Ini kalau-kalau la. Kalau aku jadi cuti tanpa gaji lepas aku bersalin ni, aku bakal meninggalkan beban kerja yang besar kepada pengganti aku sebab banyak benda tak settle. Antaranya :

1. Update fail meja

2. Sistem filing
3. Melupus fail


Aku rase ni jela 3 job aku yang x sempat aku nak settle walaupun da bertahun keja. Sebabnye fail nak lupus tu kena tutup dulu then nak kena masuk kotak. Memang x sempat den nak buek sorang-sorang oi. Jadi nak tak nak PP aku kena arah gak salah seorang kerani buat. Pastu yang lain aku rase takde apelah keja mudah je kot. Aku kena stat packing barang la jawabnye. Buang ape yg patut kat tray keluar aku tu. Dan yg paling penting kemas siap-siap bilik fail sulit aku tu. Mampukah aku??? Aku sendiri pun tak tahu.


You May Also Like

0 comments