Rumah Untuk Disewa

Hari ini aku pergi bersihkan rumah kami yang bakal disewakan. Mula-mula aku nak duduk je tapi setelah berbincang-bincang dengan Mr. Bear kami decide kami sewakan jelah terus sebab aku pun bakal berpindah ke KL tak lama lagi. Jadi alang-alang cari penyewa awal. Mudah kerja.

Bila tengah bersih-bersihkan rumah tu rasa macam nak duduk je rumah tu. Pada aku rumah tu dah cukup selesa untuk kami anak-beranak. Kalau semua rumah di Kuala Lumpur macam rumah kami ni pun dah cukup selesa. Sebab rumah PPR yang dibina Kerajaan sekarang ni aku rasa dah macam rumah burung dengan bilik yang terlalu sempit dan dinding yang terlalu nipis. Semua nye kerana nak jimatkan kos.

Kalau nak yang selesa sikit harga nye pula kurang selesa. Kalau dah apartment macam rumah aku tupun disewakan Rm3000 tak masuk akal langsung aku rasa. Tapi aku rasa orang KL memang gile kot bab rumah ni.  

0 comments