Double Standard

Kenapa orang yang berpelajaran ni suka sangat memandang rendah pada orang yang tiada apa-apa sijil macam dorang ni bodoh sangat dan tak layak nak berborak dengan mereka dan dikatakan akal cetek.

Aku sering dilabel begitu hanya kerana aku ni tak masuk universiti. Sering dikata susah nak berbual dengan awak sebab cara pemikiran awak tak sama level dengan pemikiran saya.

Kenapa hanya orang masuk universiti ke bijak pandai? Hanya orang yang masuk universiti je ke boleh cakap dengan orang yang masuk universiti.
Pelik dengan cara pemikiran kolot orang macam ni yang rasa diri besar sangat dan ni la yang dikatakan riak dan takbur dengan anugerah pemberian Allah. Tak guna dengar ceramah agama bertroli2 atau berkonti2 tapi bila tindakan dengan orang lain tu x melambangkan apa yang diamalkannya.
Aku lebih suka senyum dan tidak melayan je orang yang macam ni sebab kalau aku marah pun hanya aku yang rugi. Sebab tula ia dinamakam perbualan dan perkongsian ilmu yang mana orang tak tahu kita beritahu bukan nya memandang rendah orang tu lagi.

Orang yang bijak jarang mengatakan yang dia bijak dan akan menangani situasi dengan bijak dan bukan dengan emosi. Jangan sekali merasa rendah diri dan makan hati dengan kata2 negatid orang seperti ini.
InsyaAllah satu hari nanti aku akan sambung juga belajar dan siapa tahu aku akan dapat sambung ke peringkat yang lebih tinggi dari apa yang aku impikan. Biarlah orang2 ini mencemuh aku tak layak dan sebagainya sebab yang menentukan kejayaan kita dan hidup kita adalah diri kita dan bukan orang lain.

Ye cara aku berfikir tak sama dengan cara kamu berfikir jadi janganlah mudah membuat andaian aku ni bodoh atau apa hanya kerana kamu tidak memahami cara pemikiran aku je sama seperti aku tak memahami kamu

0 comments