Kecik-kecik dah Kena Psikologi

Hari ini dah masuk 40 hari aku berpantang di rumah aku dan bermakna dah 40 hari aku menjadi Rapunzel di rumah tanpa keluar. 

Husna pula hampir setiap hari PIL aku datang amik, kadang-kadang terasa hati juga sebab ingat cuti 3 bulan ni dapat lah meluangkan masa dengan anak-anak lebih sikit.

Jadi buat masa ni aku mengalah dan berkorban sahajalah cuma aku akan pastikan anak aku tiadalah sampai melekat terus tak nak balik dan ikut aku. Benda macam tu boleh berlaku lagi-lagi anak aku sering dimomokkan 'Umi dah tak sayang Husna, Umi dah ada Humaira'. Sebenarnya aku paling benci statement macam tu. Kenapa nak buat seorang budak kecil yang tidak tahu apa-apa dengan mensikologikan dia dengan memomokkan mak dia tak sayang dia lagi dengan tujuan budak tu benci dengan mak dia sendiri ke??? 

Jadi kalau setiap kali aku dengar orang cakap macam tu aku akan peluk anak-anak aku dan katakan 'Umi sayang dua-dua sama rata, takde berat sebelah atau pilih kasih'. Susah juga kena mengalah macam ni sebab tak pasal-pasal dua beradik terpaksa dipisahkan kerana nak jaga hati semua pihak.

Nilah pengorbanan terbesar yang aku lakukan setakat ni.

0 comments