Norma Bila Anak-Anak Kecik

by - 11:49 PM

Rutin kalau ada anak kecik, mesti tak cukup tido dan rehat siang n mlm jadi bila da penat diri sendiri mula tak terurus sbab sibuk uruskan keluarga. Nasib baiklah en suami jenis memahami, sabar jela ye bang kalau isteri anda kelihatan seperti mak lampir buat masa ni heheh

Humaira pun tido sekarang ni nak berpangku dan berpegang aje bila letak je mesti menangis. Ada aku jadi oshin ni letak anak kat belakang. Pastu humaira da tak nak menyusu botol pula sekarang ni.

Nasib baik lah aku buat keputusan nak cuti tanpa gaji kalau tak susah juga mak aku. Takpelah sementara je ni nanti anak-anak dah besar takut aku pula yang rindu nak tidur dengan anak-anak. Umur anak macam ni dorang attention seeker esok dah besar kita pula minta attention dari dorang tak tau dorang akan layan kita tak masa tu.


This remind me yang anak kita akan membesar tinggalkan kita satu hari nanti.



You May Also Like

0 comments