First Time Humaira Sedut Gas

Semalam aku bawa Humaira pi sedut gas untuk pertama kalinya sebab kahak dia yang dah bersarang dalam dadanya.

Pastu misi tanya aku da berapa lama anak sakit berkahak aku cakap 2 hari. Dia kata lain kali kalau anak berkahak terus bawa pi hospital sebab kalau dibiarkan boleh jadi paru-paru kuman. Tapi aku pun sedia maklum dengan pihak hospital dorang akan attend patient kalau sakit kritikal jadi kita pun amik pendekatan yang tidak menyusahkan ramai orang iaitu Klinik Kesihatan.

Moral of the Story next time anak sakit kena terus bawa pi klinik kerajaan ye jangan tunggu-tunggu. Sebab aku bawa pi klinik swasta dorang selalu kata tiada apa-apa sahaja.

0 comments