Minggu Yang Penuh Aktiviti

Minggu ni memang boleh dikatakan penuh dengan aktiviti aku

Isnin

Pergi ke office tender surat cuti tanpa gaji, kebetulan Mr. Big Boss ada jadi jumpalah sekejap sambil hulur-hulur surat aku minta dia sokong, dah lama tak jumpa Mr. Big Boss aku rasa awkward pula cakap-cakap dengan dia, dan dia pun da sokong aku punya cuti dan pengganti aku kak ani, hopefully dia akan dapat memenuhi keperluan Mr. Big Boss aku tu. So skang tunggu good news dari HQ sahaja sama ada approve atau pun tidak. 

So another great news yang aku dapat, aku terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2013. Tak sangka dapat sebenarnya tu semua rezeki anak-anak. Dah 9 tahun service dan apply cuti baru dapat APC ni siapa sangka kan.

Jadi aku pergi office dari pkul 11 pagi sampai dekat pukul 4.00 petang baru aku balik sebab aku mengemas barang-barang aku awal-awal dan kumpulkan kertas-kertas yang aku bakal shred nanti. Itu next week punya cerita. Apa pun im very excited to start my job as a fulltime housewife hopefully everything will went well as plan. Tak lama amik setahun jela, mana tau nak beranak lagi akan-akan datang kang xde cuti pulak.

Selasa

Hari ini duk uma je sebab hujan turun dengan lebatnya.

Rabu

Hari ni aku ikut parent aku pi Tenggaroh jenguk makcik aku, macam pelik sebab dulu aku jenguk makcik aku time raya je hahah so Husna memang seronok dan sangat behave sepanjang perjalanan tak cranky like always maybe aku dah tak marah-marah dia dan lebih sabar. 

Khamis

Haa ini hari ini punya cite, banyak cite nya, orang TNB datang uma potong elektrik rumah sebab ayah aku tak bayar dekat 3 bulan, asyik bertangguh je bayar bil sampai bertekak-tekak dengan tukang potong tu, hati memang kental la brader tukang potong ni. Dia cakap kalau kena potong 3 hari baru boleh hidupkan balik. Hamik kau.

Pastu aku pun bawa Husna pi umah in law aku sebab da 2 hari dia tak jumpa. Then aku pun pergi servis aircond keta aku hamik kau terbang $$$$ bagai burung terbang ke awan. Yang sengalnya aku boleh terlupa bawa beg duit tak pasal-pasal jalan kaki balik rumah sebab nk naik teksi n bas pun duit takde. First time aku menapak balik hilang berkilo-kilo masa tu rasa macam nak pitam semua amik kau. Skang rasa macam mana orang xde keta rasa kan.

0 comments