Betul lah kata orang kalau kita berbakti kepada kedua ibu bapa kita insyaAllah Allah akan permudahkan jalan kita, dan kalau kita berkorban benda yang paling kita suka Allah akan beri kita benda yang paling kita perlukan.
Alhamdulillah Mr. Bear da dapat kerja dengan company yang memang da lama dia minta dari dulu tak dapat-dapat. Mungkin berkat doa ibu bapa dia, tahun lepas Mr. Bear hantar parent dia ke umrah kalau ada rezeki tahun ni dapatlah parent dia pi lagi kot sebab aritu pergi macam tak puas kata PIL aku.
Dan aku pula korbankan kerja aku yang paling aku suka di tempat yang aku paling suka dan paling selesa. Tapi sebagai ganti aku dapat membesarkan anak-anak aku sendiri iaitu benda yang paling aku perlukan. Mungkin ini lah yang dikatakan rezeki.
Syukur sangat-sangat kepada Allah di atas limpahan kurniaan rezeki dan permudahkan jalan kami.
0 comments