Being A Housewive

by - 11:38 PM

Masuk bulan ni dah 6 bulan aku jadi housewive. Secara jujur jadi housewive bukan kerja mudah especially anak-anak tengah membesar dengan jayanya. Kadang-kadang rasa down sangat sebab banyak benda kena korban bila kita jadi housewive ni especially benda yang kita suka sangat buat. Aku ni nak kata adventure punya orang tu tak lah just aku suka shopping, tengok wayang, main bowling, jalan-jalan tengok negeri orang. Tapi lepas dah ada anak dan jadi housewive ni aku takde masa untuk buat semua tu. Sebab masa aku 24/7 dihabiskan untuk menjaga anak-anak.

Tapi inilah pengorbanan yang aku lakukan demi mereka. Sebabnya aku tak sanggup nak hantar anak aku ke pengasuh atau nursery selagi mereka tak boleh bercakap atau memberi tindak balas kalau apa-apa terjadi. Sekarang ni dah la musim culik menculik, dera mendera lagilah aku takut nak tinggal kan anak-anak aku dalam jagaan mereka.

Cuti aku tinggal lagi beberapa bulan je sebelum aku naik semula kerja. Aku ingat nak mohon sambung cuti lagi sampai anak-anak ni besar tapi tak tahu bos aku tu nak bagi ke tak.

Nak berhenti tak boleh pula sebab aku gomen kan kalau aku benti burn la pencen aku.


You May Also Like

0 comments