Endometriosis

Bagi yang baru pertama kali mendengar pasal endometriosis ni meh aku cite sikit ape benda sebenarnya benda ni. Aku tiba-tiba teringat nak bercerita pasal endometriosis ni.

Aku pertama kali diberitahu aku mengalami endometriosis pada 11 Januari 2010 setelah aku merujuk dengan Dr. Thokha, Regency Specialist Hospital. Doktor menerangkan aku masalah aku ni masalah normal bagi orang perempuan zaman sekarang dan puncanya masih tidak diketahui dari mana.

Antara simptom ada penyakit ni. 

- Period sakit di bahagian ari-ari
- Tempoh period yang pendek sangat atau panjang sangat
- Tak boleh bangun setiap kali period
- Tidak subur

Kat mana endometriosis ni duduk

- Ovari
- Uterus
- Tulang Pelvic

Ubat yang orang endometriosis ni tak boleh makan 

- Jamu
- Lobata

Ubat yang digalakkan makan

- Evening Prime Rose
- Asid Folic (Bagi yang nak mengandung)

Apa bentuk endometriosis ni dan macam mana dia boleh ada kat dalam tu. Endometriosis ni merupakan darah kotor kita yang tidak mengalir keluar dari badan kita sebaliknya masuk semula ke ruang-ruang yang ada dan melekat kat situ. 

Dalam kes aku benda ni duduk dalam ovari aku dan makan semua hormon-hormon aku yang sepatutnya diberi pada ovum. Jadi endometriosis ni boleh menyebabkan kemandulan kalau tidak diubati.

Jadi doktor aku dah bagitau aku awal-awal walaupun selepas pembedahan risiko untuk aku diserang benda ni lagi ada. Dan ubat untuk menghentikan penyakit ini adalah monopos atau mengandung. Tapi disebabkan aku muda lagi takkan nak monopos kot jadi aku pilihlah opsyen mengandung.

Selepas aku menjalani pembedahan aku mendapatkan rawatan susulan iaitu dimonoposkan selama 6 bulan. Jadi aku jadi orang tua kejap 6 bulan tu. Selepas 6 bulan tu aku takut la juga yelah takut datang sakit tu lagi. Sebab kalau nak dibandingkan sakit operation dengan sakit datang bulan. Datang bulan tu lagi la sakit yang amat sangat. 

Jadi itulah kisah aku dan endometriosis. 

0 comments