Tips Untuk Menghilangkan Kesan Turun Warna

by - 2:48 PM

Hari ni aku basuh baju raya husna da tanpa disangka seluar jean husna turun warna dan telah terkena baju tshirt baru husna.

So mula-mula cuak la juga sebab baju tu tak pakai lagi. Jadi aku pun google dan jumpa jawapannye di blog ni Sarah In Da Houz

Jadi langkahnye agak mudah. Just guna sabun basuh, limau (aku guna limau purut) dan air panas. Caranya gosokkan limau ke tempat yang turun warna. Kemudian masukkan dalam baldi. Kemudian tuang air panas serta sedikit sabun basuh. Biarkan untuk seketika.

Dan ternyata ianya berkesan, aku rendam sekejap je sebab warna baju anak aku mula turun. Tapi yang bagusnya kesan warna jeans yang melekat di baju tu hilang.

Tips ni hanya boleh digunakan untuk baju yang baru terkena turun warna. Untuk yang da lama aku tak pasti boleh ke tak.

You May Also Like

0 comments