Raya 2014

Lama x update blog sebab bz mengurus keluarga. Raya pertama tahun ni kat uma mak aku. Jadi sambutan raya disambut seperti biasa makan ketupat, rendang n thn ni ada lemang.

Raya pertama tahun ni saya menyambutnya di rumah ibu saya. Memandangkan kami mengambil keputusan untuk bergiliran pada raya pertama sahaja. Manakala raya kedua dan seterusnya kami berada di rumah ibu mertua pula.

Tahun ni Mr. Bear mengambil cuti selama seminggu. Banyak juga rumah yang kami lawati. Nasib baik rumah makcik dan pakcik Mr. Bear semuanya dekat-dekat jadi mudahlah nak pergi.

Selepas habis cuti raya Mr. Bear kembali ke KL berseorangan memandangkan kami anak-beranak masih tak puas lagi beraya. Jadi kami anak beranak beraya pula di rumah pakcik dan makcik saya di Mersing dan Muar.

Tahun ni rasanya banyak rumah yang kami dapat lawati walaupun saya dan anak-anak sahaja yang mewakili jadilah dari tak lawat langsung.

0 comments